
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah melancarkan Yamaha NVX edisi “Doxou” bulan lepas bersempena dengan karnival Yamaha GenBlu di MAEPS Serdang. Pelancaran berkembar itu juga melibatkan model Y15ZR dengan edisi yang sama.
Namun tiada harga yang ditetapkan pada waktu itu.
Dalam satu siaran media hari ini, HLYM telah mengumumkan harganya iaitu RM10,688. tidak termasuk kos insurans dan pendaftaran lainnya.
Dengan tagline “Sports Fashion Edition” jentera tersebut diinspirasikan daripada perkataan Jepun Doxou yang bermaksud “kreatif” dan “mendahului gaya hidup”. Hasilnya, kedua-dua motosikal itu tampil dengan gabungan warna yang berani.
Sebagaimana yang anda boleh lihat, rim aloi hadapan dan belakang didatangkan dalam dua warna berbeza iaitu biru dan hitam. Sementara warna badannya juga cukup berbeza (pelik), warna merah seperti tembaga dan biru matt.
Pengenalan Doxou dilengkapkan lagi dengan barisan pakaian dan barangan yang eksklusif.
Motosikal itu juga didatangkan dengan set hadiah premium termasuklah fon kepala Doxou, rantai kunci, serta sijil yang dilengkapi perincian seperti nombor enjin dan chasis.
Model NVX Doxou ini boleh didapati di semua pengedar Yamaha mulai hari ini.
GALERI