Motosikal

MASALAH HONDA IALAH: MARQUEZ TERLALU LAJU TAPI LORENZO TERLALU LEMBAP

Alberto Puig, pengurus pasukan Repsol Honda memang mempunyai karektor yang sangat unik. Kalau ada yang pernah menyaksikan wawancara beliau jawapan yang diberikan sentiasa pedas dan tepat, tak ada pusing-pusing macam nak cari nasi lemak pagi-pagi. Kalau anda mengharapkan jawapan yang penuh diplomasi dan penuh gurindam dan seloka memang anda salah orang.

Reaksi selamba Alberto sekali lagi dapat dilihat bila ditanya bagaimana Honda menangani Marc Marquez yang semakin laju manakala Jorge Lorenzo berada jauh di belakang.

Alberto menyatakan yang bukannya satu masalah bila memiliki pelumba yang laju tetapi masalah sebenar ialah memiliki pelumba yang gagal berada di kelompok hadapan. Tentu sekali beliau merujuk kepada Marc Marquez yang sentiasa melakar masa terpantas dalam sesi ujian manakala Jorge Lorenzo masih lagi terkial-kial mencari rentak.

Keadaan ini mungkin memberikan imej negatif kepada Alberto tetapi perlu diingat yang beliau sememangnya menggalas tanggungjawab yang sangat berat sebagai pengurus pasukan.

Situasi ini juga mengingatkan para peminat kepada era Casey Stoner bersama Ducati. Gandingan Stoner dan Ducati ketika itu sangat menjadi sehingga Valentino Rossi pernah menyatakan yang hanya peluru mampu mengatasi Stoner. Tapi bila Stoner tidak lagi bersama mereka, Ducati kelihatan terkial-kial dalam memburu kejuaraan.

Malah kalau diperhatikan, suasana di kem Repsol Honda juga sedikit berubah. Perubahan ini mula dirasakan bila Lorenzo kerap kali ditimpa masalah dan gagal merebut sebarang kejuaraan. Ye lah, mak ayah mana tak marah bila asyik bawa balik kad laporan dakwat merah tiap kali lepas peperiksaan.

Tapi Lorenzo ternyata masih bersemangat seperti kata beliau di Aragon tempohari. Laporan memberitahu kelompok pemberita yang beliau menghormati kontrak 2 tahun bersama Honda dan akan berusaha untuk memastikan hasrat Honda merangkul kejuaraan tercapai.

Manakala Marc Marquez dengan pencapaiannya sudah tentu kekal menjadi ayam tambatan Honda sekurang-kurangnya untuk beberapa tahun mendatang. Masa tengah laku dan menjadi ni la nak pulun habis-habisan.

Google ads
"
"
Back to top button