Buletin

HONDA TAKKAN HASILKAN HONDA e TYPE-R

Honda menegaskan bahawa ia tidak merancang untuk menghasilkan kereta elektrik versi berprestasi tinggi, Honda e Type-R. 

Diperkenalkan secara rasmi pada acara Frankfurt Auto Show 2019, Honda e merupakan jentera EV pertama Honda yang dibina baru sepenuhnya. Ia menjadi bukti kesungguhan Honda untuk muncul sebagai pemain utama dalam pasaran EV di peringkat global. 

Dengan matlamat mempopularkan kereta berkuasa elektrik, Ketua Projek Honda e, Kohei Hitomi mengesahkan tidak logik untuk Honda membina Honda e Type-R. 

“Kami ada model lain untuk Type-R dan saya tidak nampak ia akan dibina dengan e. Untuk sesetengah segmen, ia mungkin satu pilihan yang betul kerana Type-R adalah cara untuk Honda menunukkan keupayaannya sebagai sebuah jenama yang sporty. Tetapi kami mahu menawarkan satu dimensi nilai yang baru menerusi Honda e kepada pelanggan,” kata Hitomi. 

Pengakuan ini bukanlah mengejutkan. Hitomi juga menyatakan bahawa Honda e akan dikemas kini pelbagai teknologi baharu seperti kepintaran buatan (AI), ketersambungan dan sebagainya. 

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Honda e dikuasakan oleh elektrik motor berkuasa 134hp yang dipadankan dengan pek bateri 35.5kWh. Versi lebih berkuasa (152hp) pula mampu menawarkan jarak sejauh 220km dengan sekali caj. 

Kedua-dua varian itu menggunakan pacuan roda belakang dan sudah boleh dibeli pada harga bermula AS$32,450 (RM135,270) seunit.

Tags
Google ads
Back to top button