Buletin

HONDA N-BOX CUSTOM STYLE + BLACK BAHARU, GAYA LEBIH PREMIUM!

Di Jepun jualan kenderaan Honda bukan tertinggi namun model terlaris bagi segmen kei-car dipegang Honda N-BOX untuk satu tempoh yang lama.

N-BOX pertama kali diperkenalkan pada tahun 2011 dan jualan setakat Mei 2021 telah pun mencecah dua juta unit!

N-BOX di pasaran sekarang adalah dari generasi kedua yang diperkenalkan pada tahun 2017. Beberapa tahun di pasaran, Honda mengemaskini N-BOX dengan model terbaru menerima kelengkapan canggih.

Di antara pembaharuan yang dibuat ialah parkir brek elektronik dengan fungsi auto brake hold dan dipasang susulan permintaan tinggi dari pelanggan.

Selain itu, sistem Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) pula dilengkapi dengan pengesanan kesesakan jalan raya bagi mengurangkan beban ketika memandu.

Turut baharu ditawarkan kepada pelanggan ialah varian N STYLE + untuk kesemua siri N seperti N-BOX, N-ONE, N-WGN, N-VAN.

Pengenalan itu dibuat sempena ulang tahun kesepuluh siri Honda N. Varian N STYLE + disasarkan kepada pelanggan yang mahukan gaya berbeza daripada model N sedia ada.

Model pertama ialah N-BOX Custom STYLE + BLACK. Bezanya adalah pada bahagian luar dengan riasan hitam.

Warna Berlina Black digunakan pada gril depan, riasan pintu kargo dan beberapa komponen lain bagi menampakkan gaya cool dan rasa kemewahan.

Turut diwarnakan hitam ialah logo N-BOX Custom dan roda aluminium. Secara amnya, N-BOX memang nampak segak dan lebih bergaya dan misteri dengan riasan begini.

Dari segi varian, ada dua yang ditawarkan iaitu N-BOX Custom L STYLE + BLACK dengan enjin 660 asprasi normal dan L Turbo STYLE + BLACK dengan enjin lebih berkuasa.

Model aspirasi normal pacuan roda depan (FF) berharga 1,929,400 yen (RM70,757) dan 2,062,500 yen (RM75,639) untuk pacuan empat roda (4WD).

Model 660 turbo FF pula berharga 2,057,000 (RM75,437) manakala pacuan 4WD dijual pada 2,190,100 yen (RM80,318).

BACA: HONDA CBR1000RR-R FIREBLADE SP 30TH ANNIVERSARY DIPERKENAL!

BACA: KERETA LUMBA CIVIC Si HONDA RESEARCH WEST, PEKERJA HONDA SENDIRI YANG BUAT!

BACA: NAK BELI ENJIN K20C1 CIVIC TYPE R? ADA DI AS, DARI RM28K SAHAJA!

Google ads
Back to top button