Buletin

KERETA LUMBA CIVIC Si HONDA RESEARCH WEST, PEKERJA HONDA SENDIRI YANG BUAT!

Perlumbaan dan Honda ibarat aur dan tebing. Meskipun bakal keluar dari Formula 1 pada penghujung musim 2021, Honda masih lagi kekal dalam MotoGP dan pelbagai perlumbaan di serata dunia.

Seperkara lagi tentang Honda ialah penglibatan kakitangannya sendiri di dalam perlumbaan.

Ini boleh dilihat secara dekat melalui kakitangan Honda Malaysia yang membina kereta lumba untuk bersaing di dalam Perlumbaan Endurance Sepang 1000KM.

Di Amerika Syarikat, sebuah kereta lumba Honda Civic Si dibina oleh Team Honda Research – West (THR-W) untuk bersaing di dalam perlumbaan Thunderhill 25 Jam anjuran Persatuan Sukan Auto Kebangsaan (NASA).

Civic Si THR-W ini dibangunkan dan diuji menggunakan kepakaran sukarelawan dari pelbagai jabatan Honda seperti reka bentuk, kejuruteraan, pengeluaran, pemasaran dan kewangan.

Satu lagi perkara menarik, Civic Si ini sendiri akan dilumbakan oleh kakitangan Honda dan ujian pertama telah pun dijalankan di litar Thunderhill.

THR-W bukan baharu, ianya ditubuhkan pada tahun 1996 lagi dan telah banyak terlibat di dalam program perlumbaan dan kemudian digunakan untuk menambah baik kereta dan pikap keluaran Honda.

THR-W mempunyai rekod cemerlang dengan memenangi lebih 60 perlumbaan di dalam pelbagai kelas termasuk menjuarai kategori perlumbaan 25 Jam Thunderhill pada tahun 2013.

Berikut ialah spesifikasi dan pembekal komponen Honda Civic Si THR-W:

Rangkaian kuasa

  • Saluran udara custom – THR-W
  • Radiator aluminium perlumbaan 48 mm dan penyejuk udara – Koyo
  • Sistem pengurusan enjin – Hondata
  • Paip ekzos bawah dan depan – RV6
  • Ekzos titanium – Ticon
  • Set gear custom – M Factory
  • Minyak enjin, transmisi dan penyejuk – Motul
  • Cagak enjin perlumbaan – Hasport
  • Bateri – Antigravity

Sistem brek

  • Angkup brek 4 omboh dan cakera brek terapung (floating) 2 bahagian (pieces) – Paragon
  • Pad brek lumba – PAGID
  • Minyak brek – Motul
  • Suspensi – KW
  • Gegelung suspensi – H&R
  • Palang penstabil bawah dan belakang, toe link – RV6

Luaran dan tayar

  • Splitter depan dan air dam – Power Stream Industries
  • Spoiler belakang – APR Performance
  • Bonet enjin dan lid hud karbon – Seibon
  • Roda –  Titan 7 17 x 9.5 
  • Tayar – Continental 245/40-17 

Dalaman dan keselamatan

  • Rangka keselamatan FIA – THR-W / DR Concept
  • Kerusi FIA – BRIDE
  • Tali keledar FIA 6 sudut dan jaring tingkap – Schroth
  • Stereng – Sparco
  • Penyesuai (adaptor) dan pembuka cepat stereng – NRG
  • Sistem keselamatan kebakaran FIA – OMP
  • Penjarak pedal dan sesendal penukar gear – Acuity

Dari segi kuasa, Honda Civic Si THR-W ini mempunyai output 220 hp dengan tork 325 Nm. Berat kering pula hanya 1111 kg atau setara dengan Proton Iriz.

Google ads
Back to top button