NAK BELI ENJIN K20C1 CIVIC TYPE R? ADA DI AS, DARI RM28K SAHAJA!
Seperkara menarik tentang pasaran Amerika Syarikat ialah pengguna boleh mendapatkan enjin dalam kotak (crate) dari pengeluar secara rasmi.
Terbaru Honda Performance Development (HPD) menawarkan dua pakej enjin K20C1 yang menguasakan Civic Type R.
Dua pilihan yang ditawarkan ialah enjin K20C1 dan enjin K20C1 dengan Controls Package. Enjin itu boleh digunakan untuk projek khas dan kereta lumba.
Dalam erti kata lain, tidak boleh digunakan secara sah di jalan raya awam.
Enjin K20C1 sebelum ini ditawarkan secara eksklusif kepada ahli Honda Racing Line dan pasukan lumba sahaja. Kini ianya terbuka kepada awam untuk digunakan pada kenderaan mereka.
Apa beza di antara dua pakej yang ditawarkan? Berikut disenaraikan:
Enjin HPD K20C1 Civic Type R
- Blok enjin
- Alternator
- Pengecas turbo
- Motor penghidup
Enjin HPD K20C1 Civic Type R (Controls Package)
- Blok enjin
- Alternator
- Pengecas turbo
- Motor penghidup
- ECU talaan HPD
- Pendawaian enjin
- Pedal minyak
ECU yang dibekalkan bersama pakej in sudah siap ditala oleh HPD dan bermakna pengguna tidak perlu susah-susah untuk membuat penalaan sendiri.
Nak beli dari mana?
Di Amerika Syarikat, pembeli boleh mendapatkan pakej ini terus daripada beberapa pengedar rasmi seperti United Speed Racing, Science of Speed, Mountune USA dan 4Piston Racing.
Berapa harga?
Berdasarkan harga yang disenaraikan di laman web United Speed Racing, enjin K20C1 dijual pada AS6,790 (RM28,273) dan AS9,000 (RM37,476) untuk K20C1 Controls Package.
Untuk pengguna tempatan pula, memang sangat jarang ada penawaran begini. Apa yang boleh dibuat (dan selalu dibuat) ialah beli sahaja enjin di kedai potong.
BACA: BOON SIEW HONDA LANCAR RS-X (WINNER X) DI MALAYSIA. RM8,688 SEUNIT!
BACA: SAH! HONDA CIVIC TYPE R DILANCAR PADA 2022
BACA: HONDA CIVIC Si, 1.5 VTEC TURBO 200 HP 6 KELAJUAN MANUAL!