Artikel Pilihan

HOTWHEELS KELUARKAN HONDA NSX SAFETY CAR RYU ASADA – TAK DAPAT HARGA MURAH YANG NI

Selepas beberapa tahun pereka terkenal Hotwheels Ryu Asada meninggal dunia akibat kanser kini Mattel akan memberi penghormatan kepada beliau dengan model edisi khas 1/64 yang paling istimewa. Ia merupakan replika paling sempurna pernah mereka hasilkan dan ia merupakan replika kereta kesayangan Asada. Sebuah Honda NSX 1994 dengan liveri safety car litar Suzuka.

Dilahirkan di Osaka, Jepun, Asada merupakan seorang peminat Honda dari kecil. Mungkin kerana asuhan ibubapa beliau yang pernah memiliki pelbagai jenis model Honda yang best-best seperti Integra, Prelude, S2000 dan macam-macam lagi. Honda ketam sumpahan Type R je dia tak pernah pakai.

Selepas menamatkan pengajian di Srt Center College of Design, Asada memulakan karier di Mattel dan bertanggungjawab untuk permainan jenama Matchbox dan Hotwheels. Kebanyakan model Honda adalah hasil kerja beliau termasuklah beberapa model popular lain seperti Mazda Miata NA, Nissan Skyline DR30, Subaru 22B STi dan banyak lagi.

Dalam kehidupan sebenar pun koleksi kereta mamat ni boleh tahan jugak antaranya ialah Subaru SVX coupe, Honda S2000, Lexus IS300 Sportcross dan kereta impian beliau, Honda NSX 1994.

Sebagai pereka kereta permainan yang mahir Asada telah melakukan modifikasi kepada Honda NSX beliau menyerupai kereta keselamatan Litar Suzuka yang juga merupakan litar kegemaran beliau.

Model kereta ini sebenarnya pernah dihasilkan oleh Hotwheels pada tahun 2020 tapi model baharu yang didedikasi khusus kepada Asada ini akan menggunaan casting serba baharu dan hanya akan dijual melalui Mattel Redline Club (kena masuk ahli baru boleh beli). Ia menampilkan lampu hadapan pop up yang boleh dinaikkan, lampu belakang dan lampu amaran bumbung yang boleh dinyalakan.

Suis lampu amaran bumbung disembunyikan secara bijak di bahagian belakang antara spoiler dan lampu belakang. Biasanya model Redline Club (RLC) diwarnakan dengan cat spectraflame tapi sebab ini replika khas kereta Asada ia diberi pengecualian.

Punyalah menyeluruh buatan model ini sampaikan nombor pletnya turut boleh dibaca dan memang sama dengan nombor sebenar keretamilik Asada. Kereta tersebut kini dimiliki oleh balu beliau.

Kalau anda ingin memiliki model ini langkah pertama ialah kena mendaftar dengan Red Line Club. Kemudian tunggu sampai ia dilancarkan secara rasmi baru boleh beli. Tak payah nak pergi belek satu-satu kat rak pasaraya sebab model ini memang eksklusif dan tak akan dijual secara lambak.

Google ads
Back to top button