Artikel Pilihan

KENALKAN MERCEDES-BENZ G-WOODEN – REPLIKA G-WAGON DARIPADA KAYU

Rasanya tak ada peminat yang tak kenal dengan Mercedes-Benz G-Wagon ataupun G-Class. Varian yang menjadi idaman ramai semestinya ialah G63 yang berharga sangat mahal. Itu kalau nak beli G63 yang original. Seorang Youtuber mempunyai skil dan idea sendiri untuk memiliki replika G63 dan ianya diperbuat daripada kayu. Ya kayu tuan-tuan. Lagi eksotik dan sesuai untuk peminat perabut jati.

ND-Wooodworking Art’s ni memang popular tapi ciptaan mereka sebelum ini ialah kereta bersaiz kereta mainan kanak-kanak tapi nampaknya kemahiran diorang ni memang tinggi. Tengoklah hasil replika SUV gergasi dari Jerman yang dihasilkan. Oh ya ND ni bukan ND Lala yang korang kenal tu ya.

Beberapa tahun sebelum ini beliau cuma menghasilkan replika kenderaan bersaiz kecil yang diperbuat daripada kayu. Ia kemudian berkembang kepada saiz kereta mainan kanak-kanak. Tahun lepas beliau telah menghabiskan lebih 100 hari untuk menghasilkan replika Cybertruck dan tahun ini G63 merupakan projek terbesar beliau.

Tentu sekali anda semua tidak menyangka replika G63 ini sebenarnya berasal dari sebuah Mitsubishi Pajero generasi kedua yang telah ditogelkan sepenuhnya. Mereka kemudian memasang dan mempateri kerangka logam yang menyerupai bentuk G63 ke chasis Pajero tersebut. Kerangka dan chasis kemudian disembur dengan cat hitam sebelum proses pemasangan komponen kayu dilakukan.

Kayu jenis apa yang digunakan kami tak pasti tapi yang pasti ia kelihatan berat dan padu. Sahih ianya jauh lebih berat berbanding material badan G63 asal. Tapi serius cakap la, hasil ukiran diorang ni memang next level betul. Tepat pula ukuran setiap satu komponen tu.

Bukan hanya bahagian luaran malah mereka turut mereka bahagian dalaman yang juga diperbuat daripada kayu.

Keseluruhan replika ini memang bergantung kepada komponen asal Pajero tapi hasil air tangan diorang ni memang sangat-sangat menyeluruh. Sudah tentu ia tidak mempunyai keupayaan off-road G63 asal tapi berapa kerat sangat pemilik G63 yang pernah membawa kenderaan mereka keluar dari pusat bandar?

Kalau korang ada kemahiran macam ni rasanya korang akn buat replika kereta apa? Kalau abang korang tahulah selera abang macam mana.

Google ads
Back to top button