Buletin

TESLA CYBERTRUCK PALSU MUNCUL DI INDIA

Sudah lebih tiga tahun sejak Tesla mempersembahkan model trak pikap elektrik Cybertruck, dan sehingga kini ia masih lagi sunyi tanpa sebarang khabar berita.

Jadi ke ia dihasilkan untuk kegunaan pelanggan Tesla? Kenapa lambat sangat ia nak keluar?

Namun, itu semua tidak mematahkan semangat kipas susah mati (die-hard-fan) Tesla untuk terus menunggu dan terus menanti kehadiran model tersebut.

Malah, ada di antara mereka yang sanggup menghasilkan replika Cybertruck!

Sebuah model replika Cybertruck muncul di India dengan rekaan dan perkadaran yang hampir tepat dengan model sebenar.

Tidak dapat dipastikan model asas apakah yang digunakan, namun ia dilihat membawakan panel badan perak yang hampir sama dengan model sebenar, diikuti dengan tayar off-road yang besar, serta arka roda bersegi hitam.

Cuma kekurangannya, ia tidak dilengkapi dengan unit lampu utama depan dan belakang, menjadikannya sukar untuk dipandu di atas jalan raya terutama pada waktu malam.

Pemandu juga nampaknya perlu memakai gogal sepanjang perjalanan disebabkan trak ini tidak langsung dipasangkan dengan cermin depan.

Google ads
Back to top button