Buletin

CHEVROLET TRAVERSE Z71 – SUV KELUARGA YANG RUGGED

Chevrolet Traverse ini mungkin cukup asing di pengetahuan kita sementelah kita cukup mengenali SUV mereka yang bersaiz super bagak. Tapi sebenarnya Chevrolet Traverse ini merupakan sebuah SUV tiga barisan yang boleh tahan popular juga.

Kini, Chevrolet menawarkan generasi ketiga Traverse ini setelah generasi pertama mula diperkenalkan pada tahun 2009. Chevrolet Traverse Z71 ini menawarkan reka bentuk berani dengan lebih banyak ciri persamaam seperti trak, ciri keselamatan utama dengan mengambil kira keluarga, digabungkan dengan kuasa kuda dan tork yang lebih besar daripada enjin serba baharu. Traverse baharu disasarkan untuk menerajui segmennya yang sangat kompetitif.

Memperlihatkan rekaan bahagian hadapan, memang cukup ketara ianya langsung tidak menyerupai sebuah SUV keluarga. Seakan rupa sebuah trak pikap yang cukup buas dan liar. Rekaan bampar dan gril cukup menyerlah dan lebih garang berbanding varian standard apatah lagi dengan penggunaan skid plate di bahagian bawah bampar hadapan.

Rekaan bahagian sisi pula cukup menyerlah dengan rekaan cermin di bahagian belakang yang cuba lari daripada kelaziman sebuah SUV tiga barisan tempat duduk. Bahagian belakang mungkin sedikit menyebalkan hati para pemilik dengan rekaan lampu belakang yang kelihatan seperti over design.

Walhal rekaan bamparnya tidaklah pula kelihatan ekstrem. Tapi selera masing – masing kan. Pun begitu ianya masih kelihatan sebuah SUV keluarga yang cukup rugged untuk dipandu.

Penggunaan tayar all-terrain serta rim bersaiz 18 inci menyerlahkan lagi rupa rugged Traverse Z71 ini sekali gus menambahkan ketinggian 1 inci terhadap ketinggiannya.

Chevrolet Traverse ini dilengkapi dengan ciri moden seperti Chevy Safety Assist dan juga Blind Zone Steering Assist untuk keselamatan maksimun kepada penumpang. Dan untuk pemandu, tetapan Specific Terrain Mode boleh dipilih untuk sebarang bentuk halangan muka bumi ketika melaluinya.

Bahagian kabin Traverse ini paling menyerlah dengan penggunaan skrin besar bersaiz 17.7 inci untuk memberikan info dan hiburan yang lebih jelas kepada penumpang di dalam. Manakala untuk paparan meter dan kondisi enjin kepada pemandu, Chevrolet menggunakan paparan skrin bersaiz 11 inci.

Tempat duduk mewah kini dibaluti dengan Evotex yang pastinya lebih selesa dan lebih mudah untuk dijaga kondisinya. Dan barisan kerusi hadapan dan barisan kedua kini dilengkapi dengan ciri fungsi pengudaraan.

Dan menggerakannya adalah sebuah enjin baharu 2.5 liter turbo yang mampu menawarkan kuasa kira kira 315 kuasa kuda dan juga 429 Nm.

BACA : CHEVROLET SUBURBAN RST – NAMPAK MACAM SAMA TAPI BUKAN DIA

BACA : CHEVROLET BLAZER – SUV/CROSSOVER BAHARU YANG MENGANCAM

Google ads

B K

Back to top button