Buletin

HOZON NEW ENERGY AUTOMOBILE LABUR RM1.3 BILION – BINA KEMUDAHAN DI THAILAND

Pembuat kenderaan elektrik dari China, Hozon New Energy Automobile, merangka strategi untuk pasaran Asia Tenggara dengan membina kemudahan di Thailand.

Menurut jurucakap kerajaan Thailand, Tipanan Sirichana, Hozon menandatangani perjanjian untuk memulakan pengeluaran model NETA V pada 2024.

Hozon melancarkan model NETA V di pasaran Thailand tahun lepas dan merancang menawarkan model NETA U serta NETA S dalam masa terdekat.

Terdahulu, pembuat EV China lain seperti BYD juga telah melabur di Thailand apabila permintaan semakin meningkat di kalangan pengguna domestik.

Bulan lalu, seorang pegawai Thailand berkata Changan Auto China akan melabur AS$285 juta (RM1.3 bilion) dalam kemudahan di Thailand.

Untuk rekod, Thailand menyasarkan untuk menjadi pemain utama dalam rantaian bekalan EV global dengan menawarkan potongan cukai serta subsidi bagi memacu penggunaan dan pengeluaran EV.

Thailand juga menetapkan sasaran 30 peratus daripada pengeluaran kereta domestik adalah EV menjelang 2030.

Google ads
Back to top button