HARGA NISSAN LEAF TURUN DI FILIPINA, 30% LAGI MURAH!
Padanan untuk kenderaan elektrik (EV) ialah pengecualian duti dan cukai, subsidi, fasiliti pengecasan dan keistimewaan lain supaya dapat digunakan dengan lebih meluas.
Bukan mudah untuk pengguna bertukar kepada kereta kuasa elektrik selepas lebih seratus tahun dihidangkan enjin pembakaran dalaman.
Negara kita sudah bertahun memberi keistimewaan kepada kenderaan elektrifikasi. Dari situ boleh dilihat jumlah kereta hibrid dan terkini kereta elektrik yang semakin banyak di atas jalan.
Terbaru kerajaan Filipina turut menggunakan strategi percukaian dan impaknya boleh dilihat pada penurunan harga Nissan LEAF dan kini sekitar 30 peratus lebih murah.
Pengumuman itu susulan Arahan Eksekutif No.12 yang dikeluarkan Presiden Marcos bertarikh 13 Januari 2023.
Arahan itu mengurangkan duti import kenderaan elektrik, perkakasan dan komponen bagi tempoh lima tahun.
Berkuatkuasa 21 April 2023, Nissan LEAF ditawarkan pada harga 1,998,000 peso (RM160,430) dan turun ketara berbanding 2,798,000 peso (RM224,658) sebelum ini.
Jika dibandingkan secara langsung (tanpa takaful, cukai jalan dsb) harga terbaru itu lebih rendah berbanding LEAF pasaran tempatan yang dijual pada harga RM168,888.
Dari segi kelengkapan Nissan Intelligent Mobility (NIM), LEAF pasaran Filipina didatangkan ekstra dengan Kawalan Jelajah Pintar, Amaran Titik Buta dan Amaran Lintasan Trafik Belakang.
LEAF tempatan pula dilengkapi Kawalan Jelajah, Amaran Pelanggaran Berdepan dan Brek Kecemasan Pintar dan Kawalan Pemanduan Pintar.
Dari segi audio, LEAF pasaran Filipina menggunakan enam pembesar suara berbanding empat unit pada LEAF tempatan.
Berkenaan jarak pemanduan, kedua-dua model boleh dipandu sejauh 311 km (NEDC) dan dibekalkan bateri 40kWj dengan 350v. Pakej elektrik menghasilkan 150ps dan tork 320Nm.
Untuk pengecasan, LEAF pasaran tempatan dibekalkan slot pengecas pantas CHAdemO 50kW dengan tempoh 60 minit. Turut dilengkapi pengecas standard 3.3kW dan 6.6kW Type 2.
LEAF pasaran Filipina menggunakan pengecas pantas dan pengecas kelajuan berkembar 6.6kW.
Kedua-dua LEAF pasaran Filipina dan tempatan didatangkan bersama jaminan kenderaan selama tiga tahun atau 100,000 km dan lapan tahun jaminan atau 160,000 km untuk bateri litium-ion.
BACA: NISSAN ROOX 2023, GRIL V-MOTION BAHARU, RM54 RIBU HINGGA RM81 RIBU!
BACA: NISSAN GT-R G-SHOCK 2023, TAK SAMPAI RM700! BOLEH KIRIM TAK?
BACA: PADA 2000 NISSAN X-TRAIL T30 DIPERKENAL, SISTEM 4X4 TEKAN BUTANG!
Nissan LEAF Filipina 2021