MITSUBISHI DEDAH XRT CONCEPT. TRITON 2023 BAKAL LANCARKAN DI THAILAND JULAI DEPAN
Mitsubishi Motors Corporation hari ini mendedahkan Mitsubishi XRT Concept iaitu trak pikap serba baharu yang bakal dilancarkan pada tahun ini.
Prebiu tersebut dilakukan pada acara Bangkok International Motor Show 2023 (BIMS 2023). Mitsubishi Motors, trak pikap serba baharu itu bakal dilancarkan di Thailand pada Julai depan terlebih dahulu sebelum menembusi pasaran lain di rantau ASEAN, Oceania dan sebagainya.
Tampil garang di bahagian hadapan, Mitsubishi XRT Concept dihiasi grafik ikonik jenama Ralliart. Dalam satu sidang media di BIMS 2023, reka bentuk model konsep itu tidak akan banyak berbezaan dengan model produksi nanti.
Model itu dilihat dilengkapi over fender depan dan belakang serta tayar khusus untuk permukaan jalan yang berlumpur, sekali gus membuatkannya sedia digunakan dalam acara rali.
Mitsubishi XRT Concept akan dibina berdasarkan platform, enjin dan casis serba baharu yang dibangunkan oleh Mitsubishi.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors, Takao Kato menjelaskan, tahun fiskal ini merupakan tahun penting terutama menerusi kehadiran Mitsubishi XRT Concept.
āTahun fiskal 2023 merupakan tahun penting bagi Mitsubishi Motors bagi merancakkan perniagaan kami di rantau ASEAN melalui pelancaran Triton dan SUV kompak baharu.
āTriton serba baharu kini berada dalam fasa terakhir sebelum pelancarannya. Kemudian,Ā kami akan meneruskan usaha ke arah pertumbuhan selanjutnya. Sila nantikan masa depan Mitsubishi Motors,ā jelas Kato.
Untuk rekod, Triton merupakan model terlaris Mitsubishi Motors di Thailand dan dieksport ke hampir 150 negara di seluruh dunia.
GALERI:
- BACA: MITSUBISHI MAHU PERKENAL 16 MODEL DALAM 5 TAHUN, FOKUS ASEAN DAN OCEANIA
- BACA: MITSUBISHI MOTOR MALAYSIA LANCAR PUSAT 3S BAHARU DI KEMAMAN
- BACA: MITSUBISHI RALLIART BAKAL HADIR DENGAN OUTLANDER PHEV 2024 ā 286HP, ANGGARAN HARGA RM200K
- BACA: PERIKATAN RENAULT ā NISSAN, MITSUBISHI TURUT DAPAT MANFAAT