Buletin

VOLVO CAR SEDIA JUAL KENDERAAN ELEKTRIK SEPENUHNYA DI THAILAND MENJELANG 2025

Syarikat automotif Sweden, Volvo Car, mengumumkan bahawa jenama itu sedia menjadi syarikat kereta elektrik sepenuhnya di Thailand menjelang 2025.

Pengarah Urusan Volvo Car (Thailand), Chris Wailes berkata, “kami yakin bahawa cita-cita kami untuk menjual kereta elektrik sepenuhnya pada tahun 2025 bakal berjaya,”

“Melihat ke hadapan, Volvo akan terus membentuk masa depan mobiliti dengan mengutamakan keselamatan serta kemampanan.

“Kami menjadikan misi ini untuk menjadikan hidup lebih mudah, lebih baik dan lebih selamat, supaya semua orang dapat menjalani kehidupan dengan sebaiknya,” tambah Wailes.

Pada 2022, jualan setahun penuh bagi segmen elektrik premium jenama itu merekodkan peningkatan sebanyak 71 peratus.

Selain itu, barisan Recharge Volvo Cars juga melaporkan peningkatan jualan sebanyak 24 peratus.

“Ketika kami bermula 50 tahun dahulu, visi kami jelas iaitu memastikan pemanduan selamat termasuk melindungi alam sekitar.” katanya ketika meraikan ulang tahun ke-50 syarikat itu di Thailand.

Google ads
"
"
Back to top button