Buletin

NETA BUKA KILANG DI THAILAND – FOKUS IMPORT DAN EKSPORT EV KE NEGARA ASEAN

Anak syarikat kereta elektrik China Hozon Auto, Neta mula mengorak langkah ke luar China apabila bakal membina kilang di Bangkok, Thailand.

Kilang baharu itu akan menjadi lokasi utama Neta untuk mengeluarkan dan mengeksport kereta elektrik ke negara ASEAN.

Neta bagaimanapun tidak memberikan butiran lebih terperinci mengenai kapasiti tetapi ia dijadualkan beroperasi pada penghujung Januari 2024.

Neta juga telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan syarikat Thailand, Bangchan General Assembly Co., Ltd. (BGAC) untuk mengendalikan kilang itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Neta, Zhang Yong, Neta akan membina Smart-EV bertaraf dunia bagi memajukan rancangan globalisasinya.

Tambah beliau, visi dan misi syarikat adalah untuk membuka peluang lebih banyak di negara Asia Barat, EU serta kawasan lain.

Untuk rekod, Neta menawarkan Neta V di Thailand, SUV elektrik sepanjang 4.07 meter. Di China, kereta itu dijual pada harga sekitar 10,000 euro (RM47,701).

Pada Januari lalu, Neta turut mengumumkan bahawa mereka menggunakan casis papan selaju daripada pemegang saham CATL.

Sebarang perincian mengenai sama ada kenderaan EV di Thailand menggunakan casis tersebut masih belum diketahui sehingga saat ini.  

Google ads
Back to top button