Buletin

HUGE BUG, VW BEETLE GERGASI. HUMMER PUN BOLEH KALAH BESAR GINI!!!

Volkswagen Beetle merupakan model kereta yang memiliki peminat tersendiri di seluruh dunia.

Antara peminat kereta ikonik ini merupakan Scott Tupper dan bapanya malah membangunkan Beetle kustom menjadi ‘gergasi’. Jentera tersebut diberi nama Huge Bug.

Tupper menjelaskan idea kustom Huge Bug itu lahir apabila memikirkan memiliki Beetle tetapi tidak mahu berasa kecil di aliran trafik.

Mereka mengambil keputusan membikin Beetle 50 peratus lebih besar berbanding model standard.

Begitupun, saiz terlalu besar menyukarkan mereka memandu di jalan raya secara sah. Jadi, anak beranak ini membuat keputusan mengecilkan sedikit skala saiz kepada 40 peratus.

Jentera Beetle tahun 1959 diimbas secara digital menggunakan komputer. Apabila proses imbasan selesai, mereka membesarkan setiap komponen sebanyak 40 peratus.

Melalui informasi diperoleh, mereka mula membina templat bagi panel kustom badan Huge Bug.

Platform asal Beetle sukar dilakukan modifikasi menjadi besar. Justeru, mereka melakukan pendekatan menggunakan platform trak daripada Dodge turut dimuatkan adalah enjin 5.7 liter V8 daripada Dodge Magnum. 

Sudah tentu, hasil kerja mereka menarik perhatian kerana Huge Bug kelihatan sama seperti model asal tetapi dengan saiz gergasi!

Rekaan asli masih dikekalkan pada bahagian kabin namun ditambah ciri-ciri moden bagi keselesaan seperti tingkap automatik, kunci keselamatan pintu automatic, tempat duduk dengan sistem pemanasan serta ventilasi.

Tupper memberitahu orang ramai tidak mahu ketinggalan mendekati Huge Bug dengan mengejar mereka di lebuh raya.

“Kami juga mendapat tawaran ‘lumayan’ untuk menjual Huge Bug tetapi ia tidak akan ke mana-mana buat masa ini,” katanya. – agensi.

Google ads
Back to top button