Artikel Pilihan

PEMINAT SETIA VOLKSWAGEN – PERNAH DENGAR NAMA VW ACAPULCO THING TAK?

Anda memang tak salah baca, VW ni memang diberi nama Acapulco Thing bersempena dengan sebuah nama bandar pelancongan terkenal di Mexico, Acapulco.

Satu ketika dulu masa TikTok dan wicet belum ada lagi, Acapulco memang sebuah bandar terkenal yang memang menjadi tempat lepak bintang-bintang terkenal dari barat seperti Frank Sinatra, Elizabeth Taylor (takde kena mengena dengan Elizabeth Tan) dan John Wayne.

Malah Elvis Presley pernah berlakon dalam filem terkenal beliau yang bertajuk ‘Fun in Acapulco’ sebagai menghargai nama tempat tersebut walaupun sebenarnya penggambaran filem tersebut dibuat di tempat lain.

Kini Acapulco masih lagi terkenal tetapi dengan bukan disebabkan faktor pelancongan. Ia kini lebih dikenali sebagai pusat pembunuhan dan bandar kedua paling bahaya di dunia. Jauh berbeza berbanding dengan imej asalnya.

Satu ketika dulu Princess Hotel merupakan hotel paling terkenal di sana dan mereka menggunakan kenderaan yang diubahsuai khas untuk menjemput dan menghantar tetamu mereka dari lapangan terbang. Ia dinamakan Volkswagen Thing.

Populariti Thing di kalangan tetamu hotel membuatkan Volkswagen mengeluarkannya dalam jumlah terhad dan dinamakan Acapulco Things. Satu unit seperti dalam gambar kini muncul untuk lelongan melalui Bring a Trailer.

Ia dihasilkan dari Mei sehingga Julai 1974 sahaja dan kesemuanya berwarna biru putih seperti warna air laut dan pantai. Bukan sahaja warna badan, bahagian dalamannya juga  mempunyai fabrik dengan tona warna serupa.

Bumbungnya asal yang diperbuat daripada kanvas kini digantikan dengan bumbung hardtop daripada gentian kaca. Ia merupakan model pacuan belakang dengan enjin 1.6L sejukan udara sama seperti VW Beetle.

Pintunya juga boleh ditanggalkan dan cermin hadapan boleh dilipat untuk menikmati bayu laut yang lebih segar. Kenderaan pantai seperti ini memang sukar ditemui pada masa sekarang dan kalau ada duit lebih memang boleh sangat la nak bida kereta ni.

Tags
Google ads
Back to top button