KIT UBAH SUAI VW MAMPU TUKAR BEETLE KLASIK JADI JENTERA ELEKTRIK – SANGAT COOL
Volkswagen menjadi pengeluar kenderaan terkini yang menawarkan ubah suai elektrik ke atas jentera klasiknya, bermula dengan Beetles.
Prototaip pertama model itu didedahkan lebih awal sebelum Frankfurt Motor Show 2019 bermula.
Walaupun VW menghasilkan semua komponen ubah suai elektrik itu, ia menjalin kerjasama dengan pihak eClassics yang berpangkalan di Renningen, dekat Stuttgart untuk tujuan pemasangan.
“e-Beetle menggabungkan tarikan kereta klasik VW dengan teknologi mobiliti masa depan. Ini merupakan satu proses yang emosional.
“Kami juga menawarkan pelanggan dengan servis pemasangan menggunakan alat ganti berkualiti tinggi,” kata Ahli Lembaga Pengarah Volkswagen Group Components, Thomas Schmall.
Tahun lalu, Jaguar mengumumkan bahawa ia akan menghidupkan kembali model klasik E-Type menerusia kit conversion elektrik berasaskan kepada teknologi I-Pace.
VW pula akan menggunakan rangkaian kuasa iaitu motor elektrik, kotak gear satu kelajuan dan sistem bateri yang diambil daripada e-up! Ia mendakwa boleh memasang pek bateri berkapasiti 36.8kWh ke dalam jentera lama tersebut dengan mudah.
Sistem bateri dipasang pada bahagian bawah badan kereta dan terdiri daripada 14 modul yang setiap satunya berkapasiti 2.6kWh (output motor 81bhp).
Walaupun dengan penambahan berat 1,280kg, e-Beetle mampu memecut dari 0-80km/j dalam masa kurang 8 saat.
Dengan sekali caj, ia boleh bergerak sejauh 200km bersama pecutan maksimum 150km/j. Jika ia kehabisan bateri, e-Beetle menawarkan pengecasan pantas selama sejam untuk jarak 150km lagi.
VW bagaimanapun tidak menyatakan harga dan kebolehdapatkan kit itu lagi, tetapi memberitahu mereka sudah berbincang untuk mengadaptasi kit berkenaan ke atas model-model klasik yang lain.
Antara model klasik yang disebut-sebut ialah VW Type-2 minibus dan Porsche 356.
- BACA: NAK BELI KERETA TERPAKAI VOLKSWAGEN? DAS WELTAUTO KAN ADA
- BACA: KERETA DIESEL VOLKSWAGEN – DULU TERBIAR, KINI LAKU MACAM GORENG PISANG PANAS
- BACA: TEMPAHAN VOLKSWAGEN ARTEON DIBUKA! RM290K-310K!
- BACA: VOLKSWAGEN TIGUAN 1.4TSI, ADA KUASA ADA GAYA!
GALERI