Buletin

FUTURISTIK HABIS ‘KEPALA’ GAMER. REKA HYPERCAR KONSEP FORD

Adakah anda mengetahui Ford memiliki divisyen eSports? Ia dilancarkan pada tahun 2019 dan dikenali sebagai Team Fordzilla.

Team Fordzilla menempatkan 40 pelumba di seluruh Eropah antaranya Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol dan Britain. Mereka ini bertanding dalam pertandingan alam maya.

Bagaimanapun, mereka bukan sahaja bertanding melalui platform online tetapi menghasilkan rekaan Hypercar Konsep Ford.

Baru-baru ini, Team Fordzilla telah bergabung bersama bahagian rekaan Ford menghasilkan supercar kustom yang diberi nama Team Fordzilla P1.

Dibangunkan melalui kod nama Project P1, pereka dalaman Ford Arturo Arino memperincikan penampilan terakhir rekaan tersebut.

Project P1 dibangunkan berlandaskan supercar ikonik GT dan menggunakan elemen-elemen futuristik.

Menurut Ford, panel badan jentera Fordzilla P1 dapat disesuaikan untuk litar lurus seperti Le Mans ataupun laluan berliku seperti Monaco. Sekiranya ia dibangunkan pada dunia nyata.

Ford dan Team Fordzilla menggunakan platform media sosial dalam membangunkan lakaran akhir jentera tersebut.

Bahkan, mereka meminta pandangan dan maklum balas peminat berhubung kedudukan tempat duduk, gaya kokpit dan tren kuasa.

Konsep ditonjolkan Arino mendapat undian sebanyak 83.8 peratus daripada lebih 250,000 pengikut sosial media.

Team Fordzilla P1 konsep hanyalah impian dalam dunia digital. Begitupun, ada perkhabaran baik apabila Ford akan membangunkan jentera berkenaan yang akan diketuai bahagian rekaan di Cologne, Jerman.

Selain itu, Ford juga sedang mengadakan perbincangan dengan pembangun permaina utama agar ia dapat direalisasikan dalam alam maya. – agensi.

Google ads
Back to top button