Artikel Pilihan

RAKAMAN VIDEO DASHCAM GR COROLLA TERBAKAR – PUNCA KEJADIAN BELUM DIKETAHUI

Toyota GR Corolla memang bukan kereta biasa-biasa. Ia tak sama dengan Corolla yang cikgu kita pakai masa kat sekolah dulu. Ini untuk kaki kereta sebenar yang sukakan pemanduan bertenaga. Malangnya untuk seorang pemilik GR Corolla di Amerika Syarikat, keseronokan pemanduan beliau tidak berkekalan bila kereta yang sedang dipandu tiba-tiba mengeluarkan asap dan hangus dijilat api. Lebih sadis bila kejadian tersebut dirakam sepenuhnya oleh dashcam GR Corolla terbabit.

Berdasarkan maklumat atas talian, kejadian berlaku di North Carolina. Menurut pemandunya, beliau baru saja memecut kereta tersebut di atas lebih raya pada kelajuan sekitar 128 kmj dan semuanya dalam keadaan normal. Alah korang yang pandu Myvi pun tahu, biasa la setakat 140 atau 160 kmj kan? Tarak goyang punya.

Menurut pemandu pada mulanya berlaku masalah pada enjin sebelum asap mula memasuki bahagian dalam kereta. Beliau meneruskan pemanduan ke susur keluar terdekat dengan harapan pasukan kecemasan dapat tiba dengan lebih cepat.

Sayangnya sebelum ketibaan anggota bomba, kereta tersebut sudahpun dijilat api yang marak dengan agak pantas.

Menurut pemandu lagi kereta tersebut masih dalam keadaan standard dan satu-satunya pengubahsuaian yang dilakukan ialah pada bahagian spring. Kereta sport kan kena la lowered sikit maa.

Buat masa sekarang pengedar kereta ini mengesyaki berlaku kebocoran bahan api seterusnya mencetuskan kebakaran. Tapi setakat ini itu semua cuma spekulasi. Kena tunggu hasil siasatan lanjut untuk tahu punca sebenar kejadian.

Menariknya ini bukan kali pertama GR Corolla dilaporkan terbakar. Walaupun mungkin keduanya tidak berkaitan harap-harap pemilik yang lain lebih berhati-hati dan mengharap kereta mereka untuk pemeriksaan yang lebih mendalam.

Kereta dan best jadi tak nak la ada isu keselamatan selepas ni. Doa yang baik-baik je okey.

Google ads
Back to top button