Artikel Pilihan

EMPAT SEKAWAN TERBUNUH DALAM TESLA TERBAKAR – KEGAGALAN PEMBUKA PINTU ELEKTRONIK

Satu kemalangan tragis melibatkan Tesla Model Y telah berlaku di Toronto pada Oktober lepas. Empat sahabat terbunuh manakala seorang lagi berjaya menyelamatkan diri dengan bantuan orang awam.

Kebakaran tercetus selepas kemalangan dan kesemua mangsa gagal keluar kerana pintu gagal dibuka selepas kegagalan sistem elektronik. Seorang lelaki, Rick Harper, yang kebetulan berada berhampiran tempat kejadian bertindak memecahkan tingkap Tesla tersebut menggunakan sebatang besi.

Harper menyaksikan wanita tersebut gagal membuka pintu kenderaan dari dalam menyebabkan beliau bertindak memecahkan tingkapnya .

Tesla memang mempunyai butang yang membolehkan pemandu dan penumpang membuka pintu dari dalam. Masalahnya jika kuasa elektrik terputus semasa kemalangan, penumpang mungkin akan terperangkap kerana gagal membuka pintu. Hmmm… beli kereta mahal-mahal tapi tak ada pembuka pintu manual.

Keadaan dalaman kereta yang dipenuhi asap menyebabkan Harper tidak menyedari ada mangsa-mangsa lain yang terperangkap. Nak salahkan beliau pun tak boleh juga. Kalau dia tahu rasanya dia akan pecahkan kesemua tingkap Tesla tersebut.

Menurut polis, kemalangan berlaku bila kereta tersebut terlanggar pagar penghadang pada kelajuan tinggi.

Sebenarnya terdapat fungsi override manual pada Tesla (butang lagi) tapi fungsi tersebut tidak dipopularkan kepada orang ramai. Mangsa kemalangan boleh membuka panel pada pintu dan menarik tuil yang ada untuk membuka pintu. Masalahnya fungsi macam ni tak pernah ada pun pada kereta lain dan jika tidak diterangkan dengan teliti ingat orang biasa macam pakcik abang boleh faham ke?

Malah dalam keadaan panik akibat kemalangan kadang-kadang nama sendiri pun orang tak ingat inikan pula nak cari butang, lepas tu nak cari tuil manual untuk buka pintu, kena tarik pula dan blab la bla… mengalahkan nak tukar palam pencucuh Boeing 747.

Untuk penumpang belakang pula lain cara untuk membukanya. Tengoklah pautan video yang kami paparkan. Kena ingat dalam video tu ia dilakukan dalam keadaan selamat. Cuba letak diri korang penyokong-penyokong Tesla dalam keadaan kereta yang remuk dan terbakar selepas kemalangan. Mudah tak nak operasikannya?

Mangsa-mangsa yang terkorban ialah dua beradik Neelraj Gohil, 25 dan kakaknya Ketaba Gohil, 29. Dua orang lagi mangsa dikenali sebagai Jay Sisodiya dan Digvijat Patel.

Mungkin ada yang akan kata kami kolot dan anti kemajuan tapi ini melibatkan aspek keselamatan saudara-saudara. Teruk sangatkah rekaan sebuah kereta dengan pembuka pintu tradisional?

Google ads
Back to top button