Buletin

HUMMER EV EDITION 1 HABIS TERJUAL DALAM TEMPOH 10 MINIT. POWER SANGAT KE?

Sambutan terhadap model baharu GMC Hummer EV sangat luar biasa sehingga menerima permintaan yang tinggi.

Ketika taklimat akhbar, para pegawai GMC mendedahkan Hummer EV Edition 1 habis terjual dalam tempoh 10 minit sahaja yang dijual pada harga AS$112,595 (RM467,122).

Ia merupakan pencapaian mengagumkan tetapi syarikat berkenaan tidak memaklumkan berapa banyak unit jentera yang akan dibangunkan mereka.

Begitupun, jika terdapat pembeli membatalkan tempahan, GMC masih memiliki senarai menunggu yang mencecah ‘ribuan’ bakal pelanggan lain.

Menurut pegawai GMC lagi, maklum balas daripada orang ramai di luar jangkaan dan Hummer EV merupakan antara topik paling dicari dalam carian Google.

Biarpun, Edition 1 sedang diperkatakan masa kini, GMC sudah mengumumkan model Hummer EV 3X bakal dilancarkan pada musim luruh 2022.

Difahamkan, jentera baharu tersebut lebih mampu milik berbanding Edition 1 tetapi terdapat pengurangan dalam kuasa iaitu kira-kira 800 hp serta jangkauan trak dalam 80 km sehingga 483+ km.

Apabila Hummer EV memasuki kedai pengedar pada akhir tahun depan, ia akan mendorong jenama itu ke kawasan baharu dan menarik pelanggan-pelanggan baharu.

Walaupun Hummer akan lebih berkemampuan daripada model AT4, tetapi jenama tersebut akan ditempatkan dalam segmen premium berbanding varian Denali.

Hummer menggabungkan segmen premium dan off-road sekali gus menjadikannya jentera serba lengkap. – carscoops.

Google ads
Back to top button