Buletin

HYUNDAI GETZ – MODEL HATCHBACK MINI YANG PERNAH POPULAR DI MALAYSIA

Zaman sekarang ini, kesemua model Hyundai sememangnya diakui mempunyai reka bentuk yang lawa dan menawan. Tapi tahukah anda, bahawasanya model Hyundai Getz ini juga boleh dianggap sebagai sebuah model hatchback yang lawa dan menawan suatu ketika dahulu.

Jom kita baca sedikit tentang sejarah Hyundai Getz ini.

  • Hyundai Getz ini telah pun mula diperkenalkan ketika Tokyo Motor Show pada 2001 yang dikenali ketika itu dengan nama Hyundai TB, khusus untuk dijual pasaran Jepun ketika itu.
  • Setahun kemudian, debut global pula menyusul ketika menyertai Geneva Motor Show. Oh ya, Hyundai Getz ini sebetulnya telah direka di pusat kejuruteraan Hyundai Eropah yang terletak di Frankfurt, Jerman dengan menampilkan rekaan tiga dan lima pintu. Tidak hairanlah reka bentuk Hyundai Getz ini sebetulnya masih lagi kelihatan menarik dipandang mata walau pun pada tahun 2025. Timeless beauty orang kabor.
  • Hyundai Getz ini mempunyai beberapa plat nama mengikut pasaran negara di jual seperti Click (Korea), Getz Prime (India), TB (Jepun) dan juga Inokom Getz (Malaysia).
  • Punyalah popular Hyundai Getz ini apabila ianya turut dipasang di kilang pemasangan yang terdapat di Venezueala, Taiwan, Mesir, Australia dan juga di Kulim selain daripada kilang di Ulsan Korea.
  • Dipasangkan dengan pelbagai pilihan trenkuasa mengikut pasaran negara di jual meliputi enjin 1.1 liter sehinggalah ke enjin diesel 1.5 liter. Di Malaysia, pilihan enjin yang ditawarkan adalah 1.4 liter dan juga 1.3 liter.
  • Sepanjang kitaran hayat produksi Hyundai Getz ini diantara tahun 2002 – 2011, ianya sempat mengalami versi kemas kini facelift pada tahun 2005 dengan perubahan yang ketara adalah menggunakan lampu utama yang lebih bulat serta rekaan bampar dan gril baharu.
  • Model yang lebih baharu dan moden, Hyundai i20 dilancarkan pada tahun 2008 sebagai langkah penggantian model Hyundai Getz ini dibeberapa buah negara. Dan kemudiannya ditamatkan produksi pada tahun 2011 dengan ketiadaan pengganti untuk plat nama Getz ini.
  • Secara keseluruhan Hyundai telah menghasilkan sejumlah 1,390,084 unit Getz diserata dunia dengan Australia telah berjaya menjual sejumlah 153,000 unit untuk menjadikannya sebagai sebuah model yang popular di sana.

BACA : HYUNDAI i20 N LINE BAHARU – HATCHBACK KELUARGA YANG SEDAP DENGAN DNA RALI

BACA : ALKISAH EVOLUSI HYUNDAI i20 WRC

Google ads

B K

Back to top button