Artikel Pilihan

ALKISAH EVOLUSI HYUNDAI i20 WRC

Hyundai Motorsport telah memasuki musim kelapan dalam penyertaan WRC semenjak mereka kembali semula dalam perlumbaan pada tahun 2014. Umum mengetahui Hyundai memilih model i20 sebagai model untuk dihomologasi sebagai sebuah jentera rali. Jadinya, marilah kita mengimbas semula evolusi sebuah Hyundai i20 WRC.

i20 WRC 2014

Perkhabaran tentang penyertaan semula Hyundai dalam WRC telah pun bermula semenjak tahun 2012 lagi. Pembinaannya dari kosong sehingga terbinalah sebuah jentera rali hanya dalam tempoh 12 bulan sahaja berasaskan model jalanan i20 generasi pertama.

Walaupun baru setahun jagung, namun prestasinya boleh tahan juga apabila berjaya mencatat podium pertama di Mexico sebelum berjaya mencatakan kemenangan 1-2 di Jerman melalui gandingan Thierry Neuville dan juga Dani Sordo

i20 WRC 2015

Sesudah beraksi semusim penuh, Hyundai kembali tampil dengan beberapa kerja tingkat taraf bagi memastikan jentera sedia ada kekal kompetetif meski pun menyedari bahawa mereka juga sedang menyiapkan model baharu untuk digunakan pada musim berikutnya. Diantaranya pengenalan paddle shift baharu bagi membolehkan pemandu mengesktrak lebih kuasa. Selain itu, perubahan kecil turut dilakukan dengan posisi dan rekaan cermin pandang sisi telah direka semula.

Musim 2015 masih lagi menyaksikan gandingan barisan pemandu Thierry Neuville bersama Dani Sordo dikekalkan disamping Hayden Paddon, pemandu dari New Zealand. Musim 2015 juga dilihat lebih memberangsangkan apabila berjaya menduduki tempat ketiga keseluruhan bagi kategori Pembuat di belakang pasukan M-Sport Ford setelah berada di tempat keempat pada musim sebelumnya.

i20 WRC 2016 Generasi Baharu

Ini adalah musim yang cukup mengujakan buat pasukan Hyundai dengan pengenalan model generasi baharu, Hyundai i20 Coupe WRC yang dibina daripada model i20 generasi kedua. Sudah tentu jentera yang dibina baharu di kilang pemasangan milik Hyundai Motorsport sendiri di Alzenau, Jerman digunakan sepenuhnya kepakaran yang ada buat pertama kali.

Sebagai sebuah jentera yang baharu dibangunkan, sudah tentu kelajuan dan ketahanannya menjadi senjata ampuh untuk bersaing dalam musim 2016 ini. Ternyata, Thierry Neuville muncul hero dengan kejayaan muncul juara di Sardegna dan juga beberapa siri kemenangan podium berkali kali.

Musim 2016 juga menyaksikan prestasi pasukan dan jentera i20 Coupe WRC mereka semakin hebat. Hasilnya, Thierry Neuville berjaya menduduki tempat kedua keseluruhan di belakang Sebastian Ogier. Malah pasukan Hyundai juga berjaya menduduki tempat kedua keseluruhan bagi kategori Pembuat.

BACA : WRC 2020 – THIERRY NEUVILLE MUNCUL JUARA PEMBUKA TIRAI

BACA : WRC 2018 RALI SWEDEN – GILIRAN THIERRY NEUVILLE UNTUK MUNCUL JUARA

Google ads

B K

Back to top button