
HYUNDAI i20 N LINE BAHARU – HATCHBACK KELUARGA YANG SEDAP DENGAN DNA RALI
Hyundai Motor Europe telah mengumumkan i20 N Line baharu dengan rupa yang telah dinaik taraf. Menampilkan elemen reka bentuk yang diperbaharui secara dalaman dan luaran, Hyundai i20 N Line bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pemanduan dengan penampilan yang anggun dan moden. Model sporty i20 N ini dijangka dimulakan pengeluaran pada bulan April nanti.
Hyundai i20 N Line baharu mempersembahkan pelbagai peningkatan luaran, menampilkan estetika sporty yang menawan. Penambahbaikan ini meliputi set rim aloi 17″ yang direka bentuk baharu dan corak yang dikemas kini untuk gril radiator hadapan. Selain itu, elemen reka bentuk khusus N Line seperti bampar dan sisipan menambah kecemerlangan tersendiri pada penampilan kenderaan. Model ini menawarkan pilihan daripada sembilan warna badan, termasuk empat pilihan baharu: Lumen Grey Pearl, Meta Blue Pearl, Vibrant Blue Pearl, dan juga Lucid Lime Metallic.

Hyundai i20 N Line baharu merangkumi elemen reka bentuk khusus N yang direka dengan teliti untuk meningkatkan pengalaman pemanduan dan daya tarikan visual. Ciri-ciri ini termasuk logo N Line ikonik yang menghiasi gril radiator, bagi menaikkan lagi imej kenderaan yang juga terkenal dengan imej sukan rali WRC.
Di dalam, kabin menampilkan suasana yang diilhamkan sukan permotoran dengan kawalan dalaman dan aksen dalam kemasan merah dan logam yang menyerlah. Stereng eksklusif N Line, lengkap dengan kulit dan juga jahitan merah eksklusif, meningkatkan kedua-dua estetika dinamik dan juga keselesaan pemandu.

Tombol gear yang direka khas, menampilkan tatahan kulit yang mewah, aksen merah berani, dan logo N yang menyerlah. Selain itu, pedal pendikit yang kelihatan seperti aluminium tidak licin dan jahitan kontras di seluruh bahagian dalam menyerlahkan etos reka bentuk berprestasi tinggi N Line, manakala tempat duduk sporty dengan sokongan leher yang mencukupi dan kusyen sisi memberikan kawalan dan keselesaan semasa pemanduan, persis tempat duduk kereta lumba sebenar.
Selain daripada menampilkan imej sporty dan juga semangat jentera rali, ianya juga tidak kalah dengan ciri moden dan keselamatan terkini. Ciri ini, termasuk Forward Collision-Avoidance Assist (FCA) dan Lane Following Assist (LFA) untuk keselamatan yang dipertingkatkan. Sistem keselamatan pilihan seperti Parking Assist (PA) dan Blind-spot Collision-avoidance Assist (BCA) menawarkan jaminan tambahan.

Sistem Navigation Smart Cruise Control (NSCC) berasaskan akan berfungsi melaraskan kelajuan untuk pemanduan lebuh raya yang lebih selamat. Sama seperti model i20 standard, varian i20 N Line terbaharu menawarkan peningkatan yang sama, termasuk reka bentuk logo baharu, USB Type C, eCall generasi kedua berdasarkan rangkaian 4G dan kemas kini peta Over-the-Air (OTA).
Nampaknya model i20 N ini pastinya menjadi pilihan alternatif buat peminat kereta sport selain daripada jenama Jepun. Yang ini pun H juga kan. H senget lah tapinya.
BACA : HYUNDAI i10 N LINE – KERETA BANDAR 1.0L TURBO!
BACA : HYUNDAI i30 2020 DAH NAK KELUAR, i30 WAGON N LINE PUN ADA!