Buletin

KIT TIRECARE BANTU ATASI TAYAR PANCIT. MILIKI PRODUK TEKNOLOGI FIBER NANO PADA HARGA PROMOSI

Tidak dinafikan rakyat negara ini menghabiskan sebahagian masa mereka di atas jalan raya apatah lagi apabila terpaksa berhadapan kesesakan lalu lintas.

Situasi tersebut membuatkan pengguna jalan raya terdedah kepada kemungkinan berdepan insiden tayar pancit.

Bahkan, tanpa disedari insiden tayar pancit merupakan antara penyebab berlaku kemalangan di jalan raya.

Menyedari, kepentingan keselamatan pengguna jalan raya, syarikat tempatan T Strategy Sdn. Bhd. telah membangunkan produk TireCare dalam memastikan tayar pancit dapat diatasi dengan kadar segera.

Produk dibangunkan berasaskan cecair itu telah menjalani proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama sembilan tahun dalam penghasilan produk terbaik kepada pengguna.

TireCare telah melepasi ujian lima makmal terbaik dunia dari segi suhu, aplikasi tampalan dan ketahanan di atas jalan.

Produk berkualiti tinggi itu turut  menggabungkan 16 teknologi nano fiber berupaya membantu menutup lubang tayar pancit dengan berkesan dan secara kekal.

TireCare diperbuat daripada getah latex, ekstrak tumbuhan dan nano fiber berteknologi tinggi sekali gus menjadikan produk tersebut mesra alam, boleh larut dalam air serta biogradable.

Selain itu, penggunaan produk tersebut amat mudah dan pantas malah mampu menampal lubang berdiameter 8 sehingga 12 mm.

Produk mesra sistem TPMS kenderaan itu dapat memberi perlindungan selepas pancit untuk tayar run-flat serta tubeless.

TireCare sangat sesuai digunakan untuk model sedan, hatchback, kenderaan pelbagai guna (MPV), kenderaan utiliti sukan (SUV), van dan banyak lagi.

Ia terbukti berkualiti apabila terdapat pelbagai syarikat jenama besar turut menggunakan produk berkenaan seperti Isuzu, Kia, PLUS dan BMW Club Malaysia.

Justeru, para pembaca Mekanika jangan melepaskan peluang memiliki kit TireCare pada harga promosi RM319.20 (RM399 harga asal) dengan memasukan kod promo: MEKANIKA20 apabila melayari laman web auto2u.my.

Promosi produk berkualiti tinggi itu akan bermula pada 16 sehingga 30 November tahun ini malah penghantaran adalah percuma buat bangsa Mekanika.

Google ads
Back to top button