,
Buletin

INI CUPRA el-Born, EV PERTAMA CUPRA YANG MENYERLAH!

CUPRA bukan jenama baharu, asalnya ialah SEAT Sport yang merupakan bahagian permotoran SEAT, pengeluar kenderaan daripada Sepanyol. Pada 2018, SEAT menjenamakan CUPRA sebagai jenama berprestasi tinggi bebas manakala SEAT Sport diganti dengan CUPRA Racing.

Perjalanan CUPRA sebagai jenama bebas nampaknya membuahkan hasil dengan jualan tahun kedua operasi meningkat sebanyak 71.8 peratus pada 2019 yang mencecah hampir 24,700 unit.

Prestasi cemerlang tersebut disumbangkan oleh SUV CUPRA Ateca.

CUPRA ATECA SE 2019

Terbaru CUPRA mengumumkan penawaran el-Born, model elektrik baharu yang kelihatan begitu menarik dan menyerlah. Ini adalah model elektrik sepenuhnya yang pertama dari CUPRA.

Dari segi prestasi, pecutan el-Born dari 0 hingga 50 km/j hanya memerlukan 2.9 saat. Turut dilengkapi dan membantu pengendalian model ini ialah Dynamic Chassis Control Sport (DCC Sport).

Di antara perkara penting mengenai kereta elektrik ialah berapa jauh ia boleh dipandu?

CUPRA memaklumkan jarak pemanduan el-Born ialah sehingga 500km dengan cas penuh. Satu jarak yang tinggi untuk sebuah EV.

Keupayaan itu disumbangkan oleh bateri bercekapan tinggi 77kWh.

Bagaimana pula dengan tempoh pengecasan?

Menggunakan pengecas pantas, masa yang diperlukan untuk mencapai kapasiti 260km hanya memerlukan 30 minit.

Sepadan dengan luaran, bahagian dalam dilengkapi kerusi lekuk sport (bucket seat), stereng dengan fungsi Pemilihan Profail Pemandu (Drive Profile Selection) dan mod CUPRA.

Menepati tema alam sekitar, bahagian dalaman EV ini menggunakan bahan kitar kitar semula.

CUPRA el-Born dijadual untuk dilancarkan pada tahun 2021 dan dikeluarkan di kilang Zwickau yang terletak di Jerman.

Apa yang ditawarkan CUPRA ini sebenarnya begitu menarik, kereta dengan teknologi hijau dalam pakej sporti dan menawan.

BACA: INI CARA SEAT CAT KERETA – 6 JAM BARU SIAP!

BACA: TAHUKAH ANDA PANJANG PENDAWAIAN SEAT ATECA INI LEBIH 2.2 KM!

BACA: CUPRA ATECA SE, SUV DENGAN EKZOS AKRAPOVIC

Tags
Google ads
Back to top button