Artikel PilihanBuletin

TAHUKAH ANDA PANJANG PENDAWAIAN SUV INI LEBIH 2.2 KM!

Kereta sekarang memang canggih dan kompleks. Dalam kecanggihan tersebut, ada sistem yang tersorok daripada penglihatan dan berfungsi di sebalik tabir.

Anehnya walaupun canggih dan kompleks, bahagian dalaman dan ruang enjin masih nampak kemas terutama sekali kereta buatan Eropah.

Dari situ, bagaimana sistem yang canggih tersebut berfungsi?

Ini maklumat yang didedahkan oleh SEAT untuk SUV Ateca baharu.

Jika dibuat ukuran, segala dawai dalam SUV ini panjangnya lebih daripada 2.2 km.

Pendawaian dalam Ateca ibarat arteri, urat dan karpilari (saluran darah paling kecil) dalam badan manusia.

Sistem elektronik ini membolehkan kenderaan bertindak balas dalam masa beberapa saat sahaja sebaik butang arahan ditekan.

Canggih bukan? Dari permukaan kita hanya nampak butang yang comel dalam bentuk petak segi atau kawalan dari skrin sesentuh sahaja.

Hakikatnya ia berfungsi dalam sistem yang kompleks.

Berikut ialah perincian pendawaian SEAT Ateca:

Panjang lebih daripada 2.2 km

SEAT Ateca mempunyai lebih daripada 1,350 wayar dan apabila dipanjangkan, ukurannya tidak genap 2.2 km.

Jarak tersebut sama seperti landasan kapal terbang.

Pendawaian merentasi kereta dipisahkan kepada lebih daripada 30 sirkit dan menurut Jurutera Pusat Teknikal SEAT, Pedro Manonelles ianya bagi memastikan setiap fungsi kereta dan pengagihan kuasa daripada satu lokasi ke lokasi lain sama seperti darah yang mengalir di dalam organisma.

Jika anda tidak nampak wayar yang terselirat tersebut, jawapannya sahih kerana kebanyakannya tersorok di sebalik panel instrumen depan.

Di situ terdapat lebih daripada 200 wayar membentuk helaian dengan ketebalan lebih daripada empat sentimeter.

Sehingga 100 sensor dan unit kawalan

Komponen ini sebenarnya berinteraksi di antara satu sama lain seperti anggota badan.

Ianya sama seperti otak berfungsi menghantar isyarat untuk menggerakkan tangan dan dipatuhi anggota badan tersebut.

Seperti yang diterangkan Pedro Manonelles, sistem ini mengaktifkan fungsi seperti kawalan penstabilan, panduan parkir, mod pemanduan, sistem audio dan pengesan titik buta.

Ibarat arteri tembaga

Sistem pendawaian kenderaan seperti SEAT Ateca mempunyai berat sekitar 40 kg.

Menurut Pedro Manonelles, tembaga adalah bahan yang digunakan secara meluas dalam pengaliran elektrikal dan melalui sifatnya yang berketumpatan tinggi dan lebih baik daripada besi membolehkan ia dioptimumkan untuk mencapai pengurangan berat sebaik mungkin.

Ketebalan setiap wayar juga memainkan peranan dan biasanya mempunyai ketebalan di antara satu mm atau lebih sikit daripada satu cm.

Proses pembangunan selama tiga tahun

Inilah masa yang diambil oleh sekumpulan 20 puluh jurutera untuk menentukan laluan wayar, pengagihan kuasa dan transmisi data di antara unit kawalan dan sensor.

Menurut Pedro Manonelles, mereka bekerjasama dengan pereka dari peringkat awal lukisan sehinggalah ke tahap pengeluaran.

Cabarannya ialah supaya dapat mengekalkan reka bentuk atau fungsi sistem elektrikal seperti yang dirancang oleh pasukan pembangunan kereta.

Wayar yang turut melindungi penumpang

Wayar bukan setakat wayar. Ia mempunyai fungsi dan tanggung jawab besar. Sistem bantuan seperti pengesan titik buta adalah contoh bagaimana sistem elektronik kenderaan berfungsi.

Apabila pemandu menggunakan lampu isyarat, satu arahan dihantar dari unit kawalan utama kepada radar di belakang dalam masa beberapa saat sahaja.

Jika terdapat kenderaan dalam lingkungan titik buta yang tidak dapat dilihat oleh pemandu, radar mampu mengesannya dan mengaktifkan amaran pada cermin sisi.

Terima kasih kepada fungsi ini pemandu dapat mengetahui sama ada selamat atau tidak untuk menukar laluan.

Era 90an – dekad penting dalam sistem elektronik pengguna

Era ini merupakan tempoh penting dalam pembangunan sistem elektronik pengguna.

Pada masa yang sama, pengeluar kenderaan turut terlibat dalam gelombang ini dan sistem elektrik kereta semakin kompleks.

Seat Ateca

Dalam beberapa kenderaan baharu SEAT, ada lebih daripada 12,000 kombinasi pendawaian unik.

Itu buat masa sekarang dan ia akan bertambah lagi pada masa akan datang.

BACA: SEAT CUPRA E-RACER – 680PS & GUNA MOTOR ELEKTRIK!

BACA: INI PERBANDINGAN DI ANTARA KERETA LUMBA SEAT DAN MOTOSIKAL DUCATI MOTOGP

BACA: SEAT 1400, MODEL PERTAMA SEAT DAN BERHARGA RM3.3K!

Tags
Google ads
Back to top button