Buletin

PROTON SAGA ANNIVERSARY EDITION. CANTIK KAN…

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Proton akan meraikan ulangtahun ke-35 model popularnya, Saga.

Jadi, bagi meraikan pencapaian itu, pengeluar kereta nasional tersebut dijangka memperkenallakan model Proton Saga Anniversary Edition di laman Facebok rasminya pada jam 10.35 pagi esok. 

Bagaimanakah rupa model yang ditunggu-tunggu ramai itu? Terima kasih kepada The Ajerul kerana berkongsi beberapa keping gambar Saga edisi khas itu di laman Facebook miliknya petang tadi. 

Model berkenaan nampaknya dibina menggunakan varian Saga Premium yang disembur dengan warna hitam.

Untuk menjadikannya lebih istimewa, beberapa komponen seperti perumah cermin sisi, skirting sisi, bampar belakang dan bahagian bawah gril hadir dalam warna kuning. 

Bukan itu sahaja, model tersebut juga dipasang dengan bodykit seperti spoiler hadapan. Sementara bampar belakang tidak berubah. 

Perubahan sama diteruskan ke bahagian kabin apabila kemasan kuning dapat dilhat pada bahagian tengah corong pendingin bawah, bingkai di bawah dial kawalan pendingin hawa dan gelung panel meter. 

Tempat duduknya masih dibalut fabrik seperti varian Premium. Tiada kemasan kulit diberikan, mungkin untuk memastikan harganya kekal mesra poket rakyat. 

Amacam, cantik tak? Jangan lupa tonton pelancaran rasminya esok di Facebook rasmi Proton. kredit: funtasticko.net

Google ads
Back to top button