,
Artikel PilihanBuletin

LAMBORGHINI SIAN ROADSTER IALAH SUPERCAR HIBRID 819 HP – APASAL TAK CUKUPKAN 820?

Sebagaimana yang diramalkan, Lamborghini telah memperkenalkan model baharu mereka semalam yang dinamakan Lamborghini Sian Roadster. Model edisi terhad dengan bumbung terbuka ini menggunakan enjin yang sama dengan model Sian coupe iaitu enjin 6.5L V12 NA yang disokong pula oleh motor elektrik 48 volt.

Enjin V12 itu menghasilkan sebanyak 785 hp kuasa manakala 34 hp selebihnya disumbangkan oleh e-motor. Hasilnya ialah gegaran dalam telinga pada putaran enjin 8,500 rpm.

Dengan kuasa sebanyak itu, Lamborghini menyatakan Sian Roadster ini mampu membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa kurang dari 2.9 saat dan kelajuan maksima ialah sekitar 350 km/j. Setakat nak balik hari Tumpat – Kuala Lumpur tu tiada masalah.

Menariknya Lamborghini juga mampu mengurangkan berat e-motor tu kepada 34 kilogram sahaja sekaligus memberikan nisbah berat kepada kuasa yang ideal. 1 hp/kg. e-motor ini tidak mampu menggerakkan Sian dalam jarak perjalanan jauh tetapi cukup untuk jarak singkat seperti mengundur keluar rumah senyap-senyap waktu malam untuk keluar minum dengan member dan untuk meletakkan kenderaan di petak pakir.

E-motor itu juga menyimpan kuasa sewaktu membrek dan membebaskan kuasa sewaktu pemandu melakukan pecutan.

Sian Roadster diperkenalkan dengan warna baharu yang dinamakan Blu Uranus (tak ada nama lain ke Lambo weh). Ia merupakan warna khas yang dipilih oleh Lamborghini Centre Stilo dan Ad Personam (bahagian tempahan khas). Sudah tentu setiap pemilik boleh memilih warna dan kemasan mereka sendiri untuk Sian Roadster ini.

Ia kemudian disudahi pula dengan penggunaan rim Oro Electrum khusus untuk menonjolkan ciri elektrifikasi Sian Roadster terbaharu ini. Bahagian luaran memang agak sama dengan versi coupe cuma jika dilihat dari atas, garisan memanjang dari kokpit ke bahagian belakang memang diinspirasikan dari Lamborghini Countach.

Lamborghini belum mendedahkan harga sebenar Sian Coupe tapi sudah tentu ia lagi mahal dari Sian Coupe. Kesian dengan kami yang tak mampu ni. Hanya 19 orang pemilik bertuah sahaja berpeluang untuk memiliki Sian Roadster ni. Jadi kalau rasa nak pakai, boleh mula jual produk-produk kosmetik secara besar-besaran.

BACA: LAMBORGHINI BAHARU AKAN DILANCARKAN MINGGU INI – SEMUA DIJEMPUT UNTUK PREVIU

Tags
Google ads
Back to top button