Buletin

INI CARA SEAT CAT KERETA – 6 JAM BARU SIAP!

Memerhati proses memasang kereta di kilang kenderaan adalah suatu yang mengasyikkan. Dari cantuman komponen pelbagai saiz dan jumlah, ia dipasang menjadi sebuah kereta yang kita pandu seharian.

Satu perkara yang sentiasa menjadi fokus pengeluar ialah kecekapan dan kesempurnaan. Untuk itu pengeluar beralih kepada automasi dan robot bagi menggantikan tenaga manusia.

Di antara bahagian yang menggunakan automasi dan robot ialah kerja-kerja mengecat kereta.

Banyak dokumentari menceritakan proses mengecat kereta dan ini pula catatan dari SEAT tentang proses yang dilakukan di kilang Martorell, Sepanyol.

Secara amnya proses mengecat kereta memakan masa yang lama kerana ia melibatkan beberapa prosedur penting dalam menghasilkan kualiti warna sempurna.

Berikut ialah beberapa proses utama yang dikongsikan SEAT untuk menyiapkan sebuah kereta:

  • Fasiliti mengecat di kilang SEAT Martorell berada di bengkel 2B, 4 dan 5 atau secara keseluruhannya tiga daripada 15 bengkel.
  • Kesemua kenderaan baharu perlu menjalani proses selama enam jam untuk kualiti warna dan kemasan terbaik.
  • Kerja mengecat bermula dengan sembilan kolam rendaman. Fasiliti tersebut mempunyai keluasan lebih 51,500m². 
  • Walaupun robot banyak memudahkan kerja, fasiliti mengecat SEAT menggunakan 314 pekerja dan 32 robot.
  • Badan kereta melalui basuhan rendaman di setiap sembilan kolam. Ia diselang seli dengan lima sistem pancutan (sprinkler) untuk proses kedap (sealant).

  • Selepas itu badan kereta diletakkan ke dalam lima jenis ketuhar (oven) dan dipanaskan pada suhu di antara 45 hingga 180 darjah selsius. Tempoh itu memakan masa di antara 30 minit dan 45 minit.
  • Badan kereta dihantar ke booth kedap cat yang tiada habuk boleh masuk bagi memastikan kemasan licin.
  • 84 buah robot  menggunakan penyembur tekanan tinggi untuk sembilan lapisan cat pada keseluruhan kereta dengan berat sebanyak 2.5kg.
  • Cat pada kereta dipanaskan di antara 21 dan 25 darjah selsius.
  • Akhir sekali kereta digerakkan di bawah lampu ultra unggu dan melalui mesin pengimbas (scanner).
  • Mesin pengimbas tersebut mempunyai 28 buah kamera dan merakamkan sekurang-kurangnya 50,568 gambar.
SEAT Ateca

Dengan itu siap sebuah kereta SEAT. Baru siap bahagian cat masih ada lagi beberapa proses termasuk pemeriksaan kualiti sebelum boleh dihantar kepada pelanggan.

BACA: SEAT GUNA DRON HANTAR KOMPONEN KERETA, JIMAT MASA

BACA: NAK BELI KERETA ‘SINGLE SEATER’? RODIN CARS ADA JUAL

BACA: SEAT CUPRA E-RACER – 680PS & GUNA MOTOR ELEKTRIK!

Google ads
Back to top button