Buletin

ISUZU D-MAX CATAT JUALAN 3,081 UNIT – PEGANG 16 PERATUS PASARAN PIKAP TEMPATAN

Isuzu Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam segmen trak pikap tempatan apabila mencatatkan prestasi jualan yang memberangsangkan untuk separuh pertama tahun ini, khususnya bagi model Isuzu D-Max.

Sepanjang suku kedua 2025, sebanyak 3,081 unit Isuzu D-Max telah berjaya dijual, sekaligus menyumbang kepada pegangan pasaran sebanyak 16 peratus, angka yang meletakkan Isuzu kukuh di kedudukan kedua dalam pasaran pikap Malaysia.

Sebahagian besar daripada kejayaan ini disumbangkan oleh enjin 1.9-liter yang menjadi pilihan utama pengguna.

Enjin ini bukan sahaja menjanjikan kuasa dan kecekapan bahan api yang cemerlang, tetapi juga menawarkan keselesaan serta fleksibiliti untuk pelbagai gaya pemanduan.

Malah, lebih 85.8 peratus jualan D-Max datang daripada model berasaskan enjin ini.

Antara varian paling laris ialah 1.9L 4×4 Auto Premium, terkenal dengan kombinasi kelengkapan mantap, ciri keselamatan menyeluruh dan tahap keselesaan yang tinggi.

Varian ini juga pernah mencatat rekod perjalanan paling jauh dengan satu tangki bahan api, sebagaimana diiktiraf dalam Malaysia Book of Records, dan menyumbang kepada 18.6 peratus jumlah jualan D-Max setakat ini.

Ketika ini, Isuzu menawarkan sembilan pilihan varian D-Max dalam pasaran tempatan, termasuk model kerja lasak 1.9L Low Ride 4×2 dan flagship X-Terrain yang telah memenangi pelbagai anugerah.

Kepelbagaian ini membolehkan pengguna memilih model paling sesuai dengan keperluan dan gaya hidup masing-masing — sama ada untuk kerja, kembara atau kegunaan harian.

Untuk maklumat lanjut mengenai barisan trak pikap Isuzu D-Max atau untuk mencari pengedar sah berdekatan, layari: pickuptruck.isuzu.net.my

Google ads
Back to top button