Buletin

ISUZU MALAYSIA CATAT JUALAN TERTINGGI 9,211 UNIT PADA 2022. D-MAX 1.9L PALING LARIS

Isuzu Malaysia menutup tirai 2022 dengan prestasi jualan yang tertinggi setakat ini apabila berjaya menjual 9,211 unit Isuzu D-Max dengan hanya kurang beberapa unit sahaja lagi untuk membolehkan syarikat mencatat jualan sekali ganda berbanding tahun 2021. 

Prestasi menakjubkan itu menjadi rekod terbaharu yang belum pernah dicapai setakat ini iaitu 6,480 unit trak pikap terjual pada 2016.

Prestasi itu disumbang oleh minat meluas terhadap model 1.9 liter yang  terbukti cekap dan kos penggunaan rendah. Mewakili 79 peratus daripada portfolio keseluruhan, varian 1.9 liter menjadi pilihan utama di Malaysia, terutama di Semenanjung Malaysia dengan 55 peratus daripada jualan keseluruhan trak pikap.

Varian flagship X-Terrain juga semakin menarik perhatian pelanggan bagi segmen trak pikap gaya hidup walaupun masih dikira baru dalam pasaran. Sebanyak 877 unit telah diserahkan kepada pelanggan.

“Dengan rekaan menawan dan segar, generasi terkini Isuzu D-Max membawakan tahap baru dalam keselesaan pemanduan trak pikap, tanpa mengorbankan warisan dan ketahanan sedia ada Isuzu. Ia benar-benar mewakili semangat sebuah trak pikap moden, “kata Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe..

“Fokus kami tahun ini adalah untuk memastikan pengalaman pelanggan kekal positif dalam usaha kami untuk memendekkan tempoh menunggu dan memperluaskan rangkaian. 

“Saya ingin berterima kasih kepada semua pelanggan atas sokongan dan kesabaran mereka. Tidak ketinggalan kepada rakan niaga yang telah banyak membantu kami, walaupun berdepan cabaran bekalan kenderaan yang terhad,” ujar Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo.

Barisan model yang ditawarkan untuk D-Max terdiri daripada varian Single Cab, 4×2 Automatik Double Cab, model 4×4 dan X- Terrain. D

Maklumat lanjut berkaitan barisan penawaran trak pikap D-Max layari pickuptruck.isuzu.net.my  atau https://www.facebook.com/ISUZU.DMax.Malaysia/ 

Google ads
Back to top button