Buletin

JERMAN HANTAR BIL ‘KERUGIAN AKIBAT KORONAVIRUS’ BERJUMLAH RM710 BILION KEPADA CHINA

Jerman menjadi negara terkini selepas Perancis, United Kingdom dan Amerika Syarikat (AS) yang melaksanakan ‘serangan’ ke atas China apabila menuduh negara itu bertanggungjawab ke atas pandemik COVID-19. 

Jerman juga menghantar invois berjumlah £130 bilion (RM710) bilion kepada China. Tindakan itu mencetuskan kemarahan di China selepas sebuah akhbar berpengaruh Jerman, Bild mendakwa China ‘berhutang’ kepada Berlin berikutan penularan wabak COVID-19. 

Antara senarai bil yang dinyatakan oleh Bild ialah €27 bilion (RM128.5 bilion) kerana hilang pendapatan daripada sektor pelancongan, €7.2 bilion (RM34.2 bilion) untuk industri perfileman, €50 (RM238 bilion) kerugian ke atas perniagaan kecil dan €1 juta (RM4.7 juta) sejam bagi syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa. 

Bild juga mendakwa jika Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) Jerman jatuh 4.2 peratus, China berhutang sebanyak  €1,784 (RM8,491) kepada setiap rakyat Jerman. 

Serangan itu hadir selepas Beijing didapati tidak jujur dalam menyatakan skala sebenar krisis dan punca wabak berkenaan masih misteri.

kredit foto: Evan Vucci/AP/Shutterstock

Sabtu lalu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan wabak itu sepatutnya dihentikan di China dan ia tidak berlaku. Kini dunia terpaksa menderita kerananya. 

“Jika ia satu kesilapan, kesilapan tetap satu kesilapan. Tetapi jika mereka tahu bertanggungjawa, pasti perlu ada akibatnya,” tegas Trump. 

Trump juga menyatakan China ‘malu’ dan persoalannya, adakah koronavirus merupakan satu kesilapan yang di luar kawalan atau dilakukan secara sengaja? Trump dan pegawai kanannya berulang kali menuduh China tidak telus. 

Minggu lalu, Wuhan yang menjadi pusat di mana wabak itu bermula mengubah angka kematian dengan peningkatan mendadak sebanyak 50 peratus. 

Dalam perkembangan berkaitan, UK menyertai pasukan perisikan AS untuk menyiasat dakwaan virus membunuh itu berpunda dari sebuah makmal di Wuhan dan bukannya pasar basah. 

China memberi maklum balas dengan mendakwa invoi stau bil itu sebagai mencetuskan perasaan perjudis dan nasionalisme terhadap China. – Express UK

Tags
Google ads
Back to top button