
JUALAN KENDERAAN ELEKTRIK DI JERMAN SEMAKIN MENURUN
Sebanyak 224,502 kereta didaftarkan di Jerman pada September, namun data disiarkan oleh Pihak Berkuasa Permotoran Persekutuan Jerman (KBA) menyaksikan penurunan mendadak bagi beberapa jenama.
Melihat lebih terperinci, BEV mempunyai 14 peratus bahagian pasaran atau 31,714 unit berdaftar, 28.6 peratus kurang berbanding setahun lalu.
Plugin hybrids (PHEVs) pula mencatatkan 15,383 unit, menyumbang 7 peratus daripada pasaran, turun 45 peratus berbanding tahun lepas.

Menurut Pihak Berkuasa Permotoran Persekutuan Jerman (KBA), peneraju pasaran, Tesla, mendaftarkan 4,216 EV, turun 69 peratus daripada tahun lepas.
Antara jenama yang berkembang pesat, smart, mencatat pertumbuhan 137 peratus tahun ke tahun dan 819 kereta telah berdaftar tetapi jualan September menunjukkan ia masih belum mencukupi, 72 peratus kurang berbanding bulan sebelumnya.
Senarai itu diikuti oleh MG SAIC, Polestar serta Nio yang mendaftarkan 80 kereta, menurun sebanyak 80 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Perbandingan tahun ke tahun tidak tersedia kerana Nio secara rasmi memasuki pasaran Jerman pada Oktober tahun lalu dan hanya memulakan penghantaran pada November.
Selain itu, BYD pula hanya mendaftarkan 196 EV bagi September, turun 90 peratus. Perkara yang sama berlaku untuk jenama Great Wall Motors EV ORA, hanya menjual 333 unit, turun 85 peratus.
- BACA: JUALAN EV MENINGKAT LEBIH 80 PERATUS MENJELANG 2030 – PENYELIDIK
- BACA: MAJORITI JUALAN EV VINFAST DIBELI OLEH GREEN AND SMART MOBILITY – SYARIKAT MILIK VINFAST
- BACA: JUALAN EV GLOBAL NISSAN CECAH 1 JUTA UNIT, 19 EV AKAN DITAWARKAN!
- BACA: CEO XIAOMI AUTOMOBILE SASAR JUALAN EV 10 JUTA UNIT SETIAP TAHUN. MAHU JADI PEMEGANG UTAMA PASARAN EV