Buletin

POLIS JERMAN CARI LELAKI BERPAKAIAN GAYA HITLER NAIK SIDECAR

Pasukan polis Jerman kini sedang mengesan seorang lelaki yang meniru gaya bekas pemimpin parti Nazi, Adolf Hitler dalam satu acara motosikal di Saxony, Jerman baru-baru ini. 

Lelaki dengan misai kontot itu dilihat menaiki side-car yang dipasang pada sebah motosikal era perang dunia ke-2. Motosikal itu ditunggang oleh seorang lelaki yang berpakaian seperti tentera SS (Saal-Schutz). Video  

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa mamakai pakaian yang berkaitan dengan Nazi, SS dan mempamerkan lambang swastika adalah diharamkan di Jerman.  

Kedua-dua lelaki itu mula mendapat perhatian ramai selepas satu klip video menjadi tular di internet. Berdasarkan kepada video tersebut, tiada apa yang berbahaya pun. Malah mereka berdua ketawa dan melambaikan tangan ke arah orang ramai yang sibuk merakam gambar. 

Cuma apa yang menghairankan ialah tindakan seorang anggota polis yang ditugaskan untuk menjaga keadaan di sana. Apabila motosikal itu menghampiri van yang dinaikinya, anggota tersebut mengeluarkan telefon dan mula merakam gambar, bukannya menahan mereka. 

“Tindakan ini tidak boleh diterima. Apabila ada yang tampil sebagai Adolf Hitler, siasatan perlu dijalankan. Kami sebenarnya mengharapkan anggota polis terbabit menahan mereka,” kata jurucakap polis Saxony.  

Lelaki Hitler kini berdepan dakwaan memakai insignia sebuah pertubuhan tidak berdaftar dan cuba mencetuskan pemberontakan ke atas kerajaan. Nasib anggota polis itu pula tidak dapat dipastikan. 

Google ads
Back to top button