6 JUTA TOPENG MUKA DAN ALAT PERLINDUNGAN MILIK JERMAN DICURI DI KENYA. KERUGIAN CECAH RM1.4 BILION
Dianggarkan sebanyak enam juta penutup hidung dan mulut yang dibeli Jerman dilaporkan hilang di sebuah lapangan terbang di Kenya, lapor laman web majalah Der Spiegel Jerman pada Selasa.
Agensi berita Anadolu yang memetik majalah itu menyatakan Kementerian Pertahanan Jerman mengesahkan pihak berkuasa sedang menyiasat perkara itu. Namun, tiada butiran lanjut diberikan.
Jerman baru-baru ini menempah topeng muka berkenaan serta beberapa kelengkapan perlindungan lain bernilai sekitar €241 juta (RM1.14 bilion). Ia bagi kegunaan membendung penyebaran wabak Covid-19.
Tempahan itu sepatutnya tiba di Jerman pada 20 Mac lalu.Jerman merupakan negara ketiga paling teruk terjejas di Eropah selepas Itali dan Sepanyol.
Jerman setakat ini mencatatkan 30,150 kes jangkitan dengan 130 kematian. – Harian Metro
- BACA: 25 SOALAN LAZIM PENANGGUHAN 6 BULAN BAYARAN PINJAMAN – BNM
- BACA: PM UMUM PAKEJ RANSANGAN EKONOMI LEBIH MENYELURUH PADA JUMAAT. ARAH PUSAT ZAKAT MAIN PERANAN LEBIH PROAKTIF
- BACA: LANJUTAN PKP HINGGA 14 APRIL, RAKYAT DIINGAT JANGAN BALIK KL. BEKALAN MAKANAN DIJAMIN MENCUKUPI
- BACA: INGKAR TINGGAL DI RUMAH, PM INDIA UMUM PERINTAH BERKURUNG SEPENUHNYA 3 MINGGU