
15000 PENUNGGANG MOTOSIKAL TUNAIKAN HASRAT PESAKIT KANSER KANAK-KANAK SEBELUM MENINGGAL DUNIA – KEMANUSIAAN MASIH WUJUD
Selain daripada bersuka ria dan mencapai matlamat diri ada banyak lagi yang kita boleh sumbangkan kepada manusia sejagat lebih-lebih kepada mereka yang memerlukan. Kalau dah berada di atas sekali sekala pandanglah ke bawah kepada mereka yang dalam kesusahan. Jangan asyik dok tayang kesenangan dan aksi-aksi bodoh dalam media sosial.

Kisah ini berlaku di Jerman, di mana seorang pesakit kanser kanak-kanak yang sangat meminati motosikal telah menyatakan hasrat terakhir beliau sebelum meninggal dunia. Hasrat beliau ialah untuk melihat dua dozen penunggang motpsikal berkonvoi di hadapan rumah beliau sambil membunyikan ekzos. Hasilnya bukan dua dozen tapi lebih 15,000 penunggang hadir memberikan sokongan mereka.
Kilian Sass ialah seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun dari Rhauderfehn, Jerman dan sangat sukakan motosikal. Beliau juga seorang penunggang motocross cilik yang berani. Bukan sesuatu yang memeranjatkan kerana ayahnya juga merupakan peminat motosikal dan menggangotai sebuah kelab motosikal tempatan.
Malangnya beliau telah disahkan menghidap kanser limfoma yang boleh membawa maut dan hanya menunggu masa sahaja. Korang boleh bayangkan la macam mana perasaan ibu bapa kalau kena situasi macam ni. Sudah tentu apa juga permintaan akan cuba dipenuhi sedaya upaya.
Sebaik mendengar hasrat terakhir Kilian, keluarganya cuba seberapa yang boleh untuk menjadikannya satu realiti. Mereka pada awalnya menjangkakan kehadiran sekitar 20-30 penunggang daripada kelab yang disertai ayahnya dan beberapa lagi penunggang warga tempatan.
Hasrat keluarga itu tersebar di media sosial dan memberi inspirasi kepada ramai penunggang yang berempati untuk turut serta. Posting tersebut menjadi tular dengan hashtag #KrachfurKilian (Noise for Kilian). Ia bukan hanya mendapat sambutan di Jerman tetapi telah tersebar ke seluruh benua Eropah.

Lebih 15,000 penunggang telah muncul membuat perarakan di hadapan rumah Kilian dan menjadikan hasrat terakhir beliau satu kenyataan. Perarakan tersebut berlangsung selama 3 jam dan sepanjang hampir 5 kilometer! Pergh, kalah bikeweek Mentakab kau.
Anda boleh saksikan video perarakan di bawah tapi video tu bercampur sikit. Peringkat awal tu ialah perarakan di Brazil dan yang selepasnya tu barulah perarakan di Jerman.
Bayangkan dalam dunia seharian kita yang dok sibuk dengan masalah air di Kelantan, harga minyak tak turun-turun, gula premium harga kayangan, ahli politik nak berbini dua, artis beli Alpat kat bini tanda sayang sejati tulus ikhlas masih ada lagi segolongan manusia yang berempati dengan mereka yang memerlukan. Indah dunia ni sebenarnya kalau kita saling berkasih sayang tanpa sempadan kaum dan politik.
Kilian meninggal sebulan selepas perarakan tersebut tapi sekurang-kurangnya hasrat terakhir beliau berjaya dicapai dengan kuasa media sosial dan penunggang-penunggang yang berjiwa besar. Syabas bikers yang terlibat.