Buletin

CHINA KUASAI PASARAN JERMAN – EKSPORT 28.2 PERATUS KERETA ELEKTRIK

Pejabat perangkaan di Jerman baru-baru ini melaporkan bahawa sebilangan besar kenderaan elektrik dari China telah dihantar ke Jerman pada suku pertama 2023.

Dari segi angka, 28.2 peratus daripada kenderaan elektrik yang diimport dalam tempoh Januari hingga Mac adalah berasal dari China, meningkat begitu ketara berbanding 2022, 7.8 peratus.

Data berkenaan menunjukkan betapa besarnya pengaruh jenama China bagi segmen kenderaan elektrik.

Selain itu, Jerman juga menerima penurunan sebanyak 23.9 peratus dalam eksport kenderaan baharu ke China berbanding tahun sebelumnya.

Jenama dari China, BYD memanfaatkan sepenuhnya permintaan apabila mengeksport 56,000 Yuan Plus EV / Atto 3 pada tahun lalu.  

Sementara, satu lagi pemain utama pasaran EV China, Nio, merancang melancarkan jenama EV mampu milik di Eropah selain, sedia menjual kenderaannya di Amerika Syarikat.

Di samping kenderaan elektrik, China juga mengeksport barangan lain seperti komputer (sebanyak 86 peratus), telefon pintar (67.8 peratus) serta bateri litium-ion (39.2 peratus). Statistik ini menimbulkan kebimbangan terhadap sektor ekonomi di Jerman.

“Banyak produk untuk kehidupan seharian seperti barangan untuk peralihan tenaga, kini sebahagian besarnya datang dari China,” kata pejabat itu.

Google ads
Back to top button