Buletin

JIMAT SEHINGGA RM33,000 DENGAN PROMOSI MERDEKA MAGNIFICENCE PEUGEOT!

Pengedar rasmi kenderaan Peugeot di Malaysia, Nasim Sdn Bhd (Nasim) hari ini mengumumkan promosi Merdeka Magnificence sempena sambutan Hari Kemerdekaan.

PEUGEOT 308 THP – RM132,888

Promosi itu melibatkan model-model seperti Peugeot 3008 SUV, Peugeot 408 Turbo, Peugeot 5008 MPV, Peugeot 508 THP dan Peugeot 308 THP.

Penjimatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Peugeot 3008 SUV:   RM29,000

Peugeot 408 Turbo:   RM33,000

Peugeot 5008 MPV:   RM25,000

Peugeot 508 THP:      RM20,000.

Peugeot 308 THP:      RM9,000

peugeot-5008-RM159,888-mekanika (7)

Apabila memiliki sebuah Peugeot anda boleh mengharapkan ciri keselamatan yang canggih, reka bentuk kontemporari, prestasi enjin mengujakan dan inovasi efisien. Pandu uji kini boleh dibuat di semua cawangan Peugeot di seluruh negara.

Semua model Peugeot didatangkan dengan jaminan selama lima tahun bersama perbatuan tanpa had dan perkhidmatan Bantuan Tepi Jalan Nasim 24 jam. Pelanggan juga akan menerima akses ke Peugeot Lounge di Lapangan Terbang Subang dan keahlian Peugeot Privilege.

Maklumat lanjut mengenai Peugeot Malaysia, sila layari laman web: http://www.peugeot.com.my

Google ads
Back to top button