Motosikal

SELEPAS IRONMAN, PUNISHER & CAPTAIN AMERICA, HJC KELUARKAN TOPI KELEDAR SPIDER-MAN DAN VENOM PULA!

Jika anda masih ingat, pengeluar topi keledar HJC sebelum ini pernah bekerjasama dengan pihak Marvel untuk mengeluarkan satu siri topi keledar yang istimewa.

HJC-Spider-Man-helmets-mekanika (4)

Topi keledar itu menampilkan motif adiwira seperti Ironman, Punisher dan Captain America. Selepas sukses dengan koleksi tersebut, HJC meneruskan koleksi terbaik mereka.

 

Kini, adiwira yang dipilih ialah Spider-Man dan nemesisnya, Venom. Dihasilkan atas topi keledar RPHA 11 Pro topi keledar tersebut dijangka berada di pasaran Amerika Syarikat mulai Oktober 2016. Harganya? Sekitar AS$599 (RM2,400) seunit.

HJC-Spider-Man-helmets-mekanika (5) 

Siri topi keledar RPHA 11 Pro sememangnya terkenal kerana mempunyai kerangka yang ringan dan kukuh untuk memberi perlindungan terbaik kepada pemakainya. Bukan itu sahaja, ia juga direka supaya aerodinamik.

 

“Kami sangat teruja dengan pelancarkan pertama topi keledar Marvel dan kami mahu hasilkan lagi.

Perincian dan rekaan grafik Spider-Man dan Venom memang sangat menarik. Saya pasti ia mampu menarik perhatian sesiapa sahaja,” kata Presiden HJC Amerika, George Hong.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button