Artikel Pilihan

JOM KENALI APA ITU RALLYCROSS

Kita barangkali kurang pasti apa itu rallycross. Ianya ibarat hipster bagi acara rali. Sedikit berbeza bagi normal sebuah perlumbaan rali. Sungguh pun demikian, rallycross ini bukanlah baru-baru ini sahaja diperkenalkan. Adalah dipercayai ianya telah dimainkan semenjak tahun 1967 di Lydden Circuit.

BACA : KERETA RALI SUBARU WRX STI 2017

BACA : SÉBASTIEN LOEB MENANG TEMPAT KETIGA DI WRX KANADA – PODIUM KETIGA BERTURUT-TURUT

Dikatakan pada ketika itu, ianya bermula sebagai sebuah program tv terbitan Robert Reed dengan mengundang beberapa pelumba rali untuk berlumba di Lydden dan disusuli dengan beberapa pusingan berikutnya. Timbul rasa seronok barangkali apabila dilepaskan beramai-ramai sambil ber-rali.

Dan sesudah berlangsungnya di Great Britain, sukan permotoran ini terus berkembang sehingga ke tanah Belanda dan juga pada bumi Australia dalam tempoh beberapa tahun sahaja selepas perlumbaan pertama.. Kira handal jugalah ianya mampu tersebar sehingga sebegitu jauh walau pun internet belum pun wujud lagi zaman tersebut.

Sungguh pun demikian, perlumbaan rallycross ini hanya mendapat pengiktirafan daripada FIA hanyalah pada tahun 2014 dan dinamakan sebagai FIA World Rallycross Championship (WRX) dengan juara musim pertama penganjurannya adalah milik Petter Solberg. Format FIA adalah di mana ianya dilangsungkan di dalam litar tertutup di mana ianya menggabungkan permukaan aspal dan juga tanah. Elemen kereta terbang melalui curam lompatan buatan persis lumba di ladang kelapa sawit turut diperkenalkan bagi menambahkan lagi rasa keterujaan penonton dan juga pemandu.

Format kelayakannya bagi setiap perlumbaan barangkali sediki berbeza. Ianya mempunyai empat pusingan kelayakan yang disertai antara tiga hingga lima kereta dalam setiap pusingan yang turut menawarkan mata. Merit mata tersebut kemudiannya akan dikumpul untuk menentukan 12 pelumba berikutnya bagi bersaing dalam dua pusingan separuh akhir yang disertai enam pelumba bagi setiap pusingan.

Dan acara akhir pula hanya akan disertai enam pelumba daripada tiga yang terbaik dalam separuh akhir bagi menentukan kejuaraan bagi setiap perlumbaan. Bagi membuatkan ianya lebih menarik, Pusingan Joker (Joker Lap) turut diperkenalkan di mana ianya adalah laluan halangan yang sedikit panjang daripada laluan litar yang asal yang harus dilalui sekali bagi setiap pusingan oleh setiap pelumba.

Manakala satu lagi siri rallycross yang terkemuka, Global Rallycross Championship (RBGRC) telah pun berlangsung semenjak tahun 2009 lagi di Amerika Syarikat. Acara yang turut ditaja oleh Red Bull ini, kebiasaannya dilangsungkan di litar NASCAR, cuma beberapa pengubahsuaian perlu dilakukan bagi menampilkan ciri-ciri sebuah perlumbaan rali.

Format perlumbaannya pula lebih kurang sama dengan siri FIA, pelumba akan disingkirkan (knocked-out) cumanya untuk acara akhir jumlah pelumba yang akan beraksi sebanyak 10 kereta. Manakala untuk Pusingan Joker pula ianya lebih pendek berbanding laluan litar yang asal.

Lebih menarik lagi, Kotak Penalti (Penalty Box) turut diperkenalkan bermula 2013 sebagai denda buat mana-mana pemandu yang didapati bersalah melakukan kesalahan. Oh ya, sebelum hampir terlupa, perlumbaan rallycross ini sebetulnya tidak mempunyai sebarang juruarah.

Antara tarikan utama jentera dalam perlumbaan RBGRC adalah Volkswagen Beetle. Siap boleh terbang der! Handal sungguh. Seronok kalau tengok sambil duduk boleh makan-makan. Hmmm, kalau Sepang mohon untuk anjurkan WRX ini pun macam menarik juga, iya tak?

Kredit Foto : www.fiaworldrallycross.com & redbullglobalrallycross.com

Google ads

B K

Back to top button