Buletin

FORD BERMINAT TAJA PASUKAN F1 RED BULL. TERLIBAT DALAM ASPEK PEMASARAN SAHAJA

Ford dikatakan bakal kembali ke sukan Formula 1 setelah terdapat laporan pembuat kereta Amerika itu berminat untuk menaja pasukan Red Bull.

Setelah spekulasi mengenai perkongsian Red Bull-Porsche tidak berjalan lancar, kini Motorsport melaporkan Ford mungkin pilihan lebih menarik untuk pasukan itu. Ini kerana Ford hanya berminat membantu dalam bahagian pemasaran bukannya mengeluarkan enjin.

Ford kembali berminat dengan sukan itu kerana statusnya yang semakin meningkat, selain kebanyakan Grand Prix kini dijalankan di Amerika Syarikat.

Kali terakhir Ford terlibat dalam F1 adalah pada tahun 2004 ketika mengendalikan pasukan Jaguar yang dimilikinya masa itu. Selain meletakkan namanya pada enjin Cosworth untuk kereta pasukan F1 Jordan.

Mungkin dengan perkongsian Red Bull bersama Ford membuahkan hasil. Apatah lagi Ford sebenarnya menjual pasukan F1 Jaguar kepada Red Bull ketika mereka menarik diri daripada sukan F1.

Bagi Red Bull, perjanjian sebegitu mungkin menarik untuknya juga. Bos pasukan, Christian Horner, berkata kerjasama tersebut sangat dialu-alukan, selepas perjanjian dengan Porsche telah gagal. Sementara Honda pula menarik diri sebagai pembekal enjin pada penghujung 2021.

Ford pastinya berpuas hati untuk mengeluarkan sedikit wang bagi memastikan jenama mereka di atas coattails Red Bull. Ketika ini, boleh dikatakan kerjasama Ford-Red Bull adalah sesuatu yang pasti.

Google ads
Back to top button