Buletin

JUAL TUDUNG DI STESEN MINYAK UNTUK BELI SUSU DAN PAMPERS ANAK

Seorang lelaki sanggaup berpanas di sebuah stesen minyak untuk menjual tudung semata-mata mahu mendapatkan wang membeli susu dan pampers anaknya. 

Foto sebuah motosikal dengan hendal disangkut dengan penyangkut tudung itu dikongsi oleh pengguna laman Facebook, Alin Taharin. Lelaki yang berselindung di sebalik motosikal tersebut juga menulis “Saya jual tudung sebab nak beli susu & pampers anak” di atas sekeping kotak.

Menurut Alin, foto itu dirakamnya di stesen minyak Petronas di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

“Terserempak dengan sedara ni di Petronas Seberang Jaya. Sedara ni bukan meminta tetapi menjual tudung demi keperluan anaknya. Keprihatinan anda membuktikan kemuliaan hati emas anda #kitajagakita #stayathome #salamramadhan – tulis Alin. 

Perkongsian itu nyata mendapat perhatian ramai warganet. 

“Ada nombor telefon brother ni tak… Saya nak beli tudung yg dia jual u…” tulis Faizal bin Jahafar. Nur Alisha Sofia pula menulis, “ya Allah permdhkn sgalanya urusan nya ya Allah 😭.” 

Kebanyakan pembaca juga mahu mendapatkan nombor telefon dan akaun bank untuk memudahkan bantuan disalurkan kepada lelaki tersebut. 

Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak lebih sebulan lalu membuatkan ramai yang kehilangan sumber pendapatan, terutama yang bergaji harian.

Biarpun kerajaan mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan pelbagai pakej rangsangan ekonomi, namun ia dilihat masih belum berkesan sepenuhnya. 

Kelmarin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP terpaksa dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 12 Mei dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19. – MalayMail 

Google ads
Back to top button