Buletin

TOYOTA AKAN TAMATKAN PRODUKSI ENJIN V8 3 TAHUN LAGI

Jangka hayat enjin V8 Toyota nampaknya semakin pendek berikutan beberapa model baharu akan menggunakan enjin V6 turbo berkembar. 

Memang kita pernah dengar tentang perkara itu sebelum ini. Tetapi menurut sumber dalaman Toyota, pengeluar kenderaan Jepun itu mula menghentikan pengeluaran besar-besaran enjin V8 dalam tempoh tiga tahun lagi.

Kilang Toyota di Huntsville, Alabama kini dikatakan mempunyai komponen untuk membina 30,000 unit enjin V8 untuk model Tundra dan Sequoia. 

Sebaik sahaja semua komponen itu habis, Toyota akan menggantikan tooling V8 dengan mesin baharu untuk enjin V6. Kilang itu kemudian akan memasang enjin V8 terakhirnya sebelum ditukar sepenuhnya untuk membina enjin turbo V6 yang baru. 

Toyota turut menghasilkan enjin V8 di kilang Tahara, Jepun dan akan menghentikan pengeluarannya dalam tempoh sama. Kilang itu bagaimanapun terus membina enjin V8 dalam jumlah terhad.

Ia bagaimana enggan memberi komen mengenai perkembangan ini. Tetapi Tundra dan Sequoia generasi baharu tidak lagi menggunakan enjin besar itu. 

Toyota tidak akan menghentikan produksi enjin V8 sepenuhnya. Disember lalu, Lexus mengesahkan bahawa enjin V8 turbo berkembar akan digunakan pada jentera lumba LC. Lexus juga mengakui enjin tersebut akan dipasang ada kereta sports pada masa depan. 

Enjin itu dijangka digunakan pada model LC F dan LX generasi baharu. 

Apa pun, masih belum ada kenyataan rasmi mengenai perkara ini. Tetapi, peningkatan standard dari segi penjimatan bahan api dan kenderaan mesra alam pasti membuatkan enjin V8 tidak digunakan secara meluas seperti sebelumnya. 

Google ads
Back to top button