Buletin

HALANG LALUAN MASUK RUMAH. KERETA JIRAN KENA BUNGKUS GUNA SELOFAN

Seorang lelaki bertindak membungkus kereta jirannya menggunakan selofan selepas laluan masuk ke rumahnya dihalang selama hampir satu setengah hari.

Tobe Bailey, 49,  yang menetap di Margate, Kent, Britain cukup kecewa dengan sikap pemandu parkir kenderaan di luar rumahnya.

Lelaki itu terpaksa mengambil langkah drastik bagi memastikan mereka menyedari perbuatan tersebut menyusahkan orang lain.

Bapa kepada tujuh anak itu berkata dia bertindak sedemikian selepas nota di cermin hadapan tidak diendahkan pemilik kereta terbabit.

Vauxhall Corsa berwarna biru tersebut menghalang kereta anak perempuannya keluar dari rumah.

Apa membuatkan Bailey lebih kecewa, dia meletak dua papan tanda agar tidak menghalang laluan jalan di depan rumahnya.  

“Pemilik kenderaan merupakan jiran yang baharu berpindah. Wanita muda itu meminta maaf atas kesalahannya menghalang laluan.

“Dia turut merasakan prank yang dilakukan sangat lucu dan berjanji tidak menghalang lagi laluan,” ujarnya.

Bailey menambah, sekurang-kurangnya dua atau tiga kali seminggu, ada sahaja orang menghalang laluan tersebut.- agensi

Google ads
Back to top button