Buletin

HYUNDAI CUSTO BAKAL MASUK PASARAN CHINA. TAWAR 7 TEMPAT DUDUK

Model Hyundai Custo mungkin asing bagi kita. Jentera terbaharu ini dikatakan akan dibangunkan Hyundai Beijing dengan usaha sama BAIC Motor yang merupakan pengeluar kereta di negara China.

Dua syarikat ini telah menjalin kerjasama sejak tahun 2002 lagi dan Custo merupakan produk terbaharu yang bakal menjengah pasaran China.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) ditawarkan dengan tujuh dan enam tempat duduk kepada para pelanggan bakal dilancarkan pada bulan Oktober nanti.

Melalui rakaman gambar, prototaip Custo menampilkan rekaan luaran agak unik.  Bahagian hadapan didatangkan gril Hyundai dan set lampu hadapan dengan rekaan moden.

Di bahagian sisi, kelihatan skirt sisi dan trim di bahagian bawah pintu berwarna hitam. Selain itu, ia menawarkan pintu sliding serta terdapat hiasan perak di bahagian handel pintu.

Hyundai Custo turut dilengkapi lampu belakang tinted dan bar lampu LED. Bahagian belakang ditawarkan spoiler terbentang dari bumbung jentera itu.

MPV terbaharu ini turut mendapat sedikit sentuhan kemasan dalaman seperti  Hyundai  Sonata.

Sebagai contoh, stereng dan butang pilihan gear menyerupai rekaan Sonata.

Ia turut didatangkan kluster instrumen digital dan sistem infotainment serta skrin sentuh.

Menurut Car News China, MPV ini akan dijual dengan mendapat khidmat enjin empat silinder 2.0 liter turbocharge.

Ia mampu menjana kuasa 237 hp dan tork 353 Nm dengan transmisi automatik lapan kelajuan. – carscoops.

Google ads
Back to top button