Artikel Pilihan

GENESIS G90 BAHARU – JENAMA KEMEGAHAN GAYA K-POP

Genesis mungkin tidak sepopular di kalangan ahli perniagaan bergelar jutawan. Mereka lebih menggemari Bentley dan yang sama waktu dengannya. Malah, generasi pertama Genesis G90 pun pasti ramai yang tak mengenalinya. Tahu tahu sahaja dah keluar pun model versi facelift Genesis G90 ini, sebuah model kemegahan dari Korea Selatan.

Model untuk tahun 2020 ini sebenarnya telah mula diperkenalkan pada tahun sudah sewaktu Los Angeles Auto Show. Sebagai sebuah model penting kepada Genesis merangkap model kemegahan mereka, sudah tentu G90 ini harus lebih baik berbanding model sebelumnya serta sama baik dengan seterunya. Walaupun hanya sekadar berstatus facelift, tapi Genesis G90 ini berubah hampir 90% berbanding model sebelumnya. Genesis G90 kali ini menampilkan tema ‘Athletic Elegance and Horizontal Architecture’. Panjang sangatlah pulak BK nak alih bahasakan.

Berbanding model pertama yang masih ada iras – iras seperti model Hyundai, versi untuk tahun 2020 ini kelihatan berubah sama sekali penampilannya. Lebih K-Pop lagaknya. Nampak berani. Paling ketara sudah tentulah rekaan gril baharunya Crest Grill yang kini merupakan signatur kepada jenama Genesis sendiri.

Perubahan yang ketara juga sebenarnya turut berlaku pada bahagian belakang Genesis G90 ini membabitkan lampu yang bersambung terus kiri ke kanan kereta merintangi penutup bonet. Ok lah nampak agak radikal juga rekaan sebegini. Paip ekzos berkembar menambahkan rupa elegan yang sepatutnya ada pada model kegemaran bos bos ini.

Ruangan kabin model ini juga berada dalam kelas tersendiri. Sudah tentu keselesaan penumpang belakang yang menjadi tuan punya menjadi keutamaan paling utama. Tempat duduk dibalut kulit premium bagi memberikan keselesaan yang diharapkan. Selain daripada itu, ciri ciri keselamatan jenis premium juga turut terdapat pada model ini meliputi Lane Following Assist (LFA), Rear Cross-traffic Collision-Avoidance Assist (RCCA), Forward Collision-Avoidance Assist (FCA), Safe Exit Assist (SEA) dan juga Highway Driving Assist (HDA).

Bagi menggerakkan badan sedan yang mewah ini, Genesis menawarkan pilihan enjin 3.3 liter turbo dan juga 5.0 liter V8 dengan kuasa masing – masing meliputi 356 hp dan juga 420 hp.

BACA : SUV MEWAH DARI KOREA GENESIS GV80

BACA : GENESIS G90

Google ads

B K

Back to top button