Buletin

BUDAK 6 TAHUN CIPTA REKOD. KAYUH BASIKAL 100 KM TANPA HENTI

Seorang kanak-kanak berusia enam tahun dari Chennai, India mencatat rekod dunia apabila berbasikal sejauh 100 kilometer (km) tanpa henti.

Rian Kumar yang melakukan rekod berkenaan mendapat pengiktirafan World Book of Records sebagai penunggang basikal termuda dan terpantas melakukan kayuhan tanpa henti sejauh 108.09 km dalam tempoh 5 jam, 17 minit dan 6 saat.

Dia memberitahu NDTV, perkara paling digemari apabila berbasikal adalah kelajuan.

“Saya melakukan latihan selama tiga hari seminggu manakala kayuhan statik dan ketahanan dilakukan pada hari lain,” katanya.

Ibu bapa Rian merupakan pegawai Tentera Laut India. Keluarga itu baru-baru ini berpindah ke Chennai dari Delhi.

Kanak-kanak itu juga bercita-cita menyertai Brevets de Randonneurs (BRM) sejauh 200 km.

Rian memberitahu, dia memasang impian untuk menyertai Tour De France yang merupakan perlumbaan basikal tahunan di Perancis. – NDTV

Google ads
Back to top button