Buletin

LELONG ONLINE FERRARI ENZO 2003 PECAH REKOD DUNIA, RM11 JUTA!

Sejak beberapa bulan lalu, jualan secara dalam talian diihat melonjak berikutan pandemik yang melanda seluruh dunia. Tidak terkecuali, lelongan secara online model Ferrari Enzo 2003 yang baru-baru ini mencipta rekod dunia.

Pada penghujung bulan Mei, satu lelongan dalam talian melibatkan pengumpul kereta telah dilakukan oleh pihak RM Sotheby’s Driving Into Summer.

Apa yang lebih menarik, pembeli jentera berkenaan langsung tidak melihat atau menyentuhnya sebelum membuat pembelian.

Ini merupakan kali pertama firma lelongan berkenaan menggunakan platform digital untuk mengadakan acara sedemikian kepada penggemar kereta.

Acara tersebut telah melakar sejarah tersendiri dalam penganjuran lelongan secara online apabila ada pembida membayar AS$2.64 juta (RM11 juta) untuk memiliki Ferrari Enzo 2003 itu.

Ia menjadi satu berita baik. Namun, berita buruknya, portal autoevolution menyatakan bahawa walaupun acara berkenaan memecah rekod dunia, tetapi ia sebenarnya di luar jangkaan penganjur apabila kereta itu dibida di bawah harga anggaran lelongan iaitu antara RM11 juta hingga RM12 juta.

Lebih memburukkan keadaan, 40 peratus daripada kereta yang dilelong dibida dengan harga rendah untuk dipertimbangkan pihak penganjur.

Apabila lelongan tamat, hanya 61 peratus daripada 193 kereta yang disenarai terjual dan memiliki pemilik baharu.  

Berbalik kepada Ferrari Enzo. Jentera itu merupakan antara 400 buah kereta yang berada dalam kondisi baik, hanya pernah dimiliki oleh dua pemilik dengan perbatuan sejauh 2,012km.

Jentera itu dijaga dengan rapi sesuai dengan label sebagai edisi terhad dan harga jualan asal pengeluaran RM2.8 juta ($650,000).

Kereta otai ini masih mampu memalukan kereta sport hari ini, terima kasih kepada khidmat enjin NA 6.0 liter V12. Ia menjana kuasa 651hp dan kelajuan maksimum 217mph.

Sebuah lagi Ferrari yang terjual dalam acara lelongan berkenaan merupakan model 288 GTO tahun 1985 yang dijual kira-kira pada harga RM10 juta ($2,310,000.) – autoevolution.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button